Tanam Pokok Ketumbar Guna Biji Timbang Kilo Aje. Mudah dan Murah. Ini Stepnya!

Share

Menarik juga jika di rumah ada sepasu pokok daun ketumbar yang ditanam sendiri. Tak perlu dah ‘berkejar’ ke kedai membeli daun ni. Jadi dapatlah memudahkan bila hendak memasak. Hanya capai sahaja di pasu setiap kali ingin menyediakan hidangan seperti tomyam atau sup ayam.

Menerusi facebook, Ahalinda Darjan, menunjukkan cara untuk menanam daun ketumbar dengan subur. Fahami cara proses yang dikongsi ini.

IKUTI PERKONGSIAN INI

GUNA BIJI KETUMBAR TIMBANG KILO:

Sini saya share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je.. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu. Biji ketumbar dia sikit je.. beli timbang kilo puas menanam nanti..sebb dpt banyak harga pon murah je..dan puas menanam nti.. Pada yg pernah cuba tanam pokok ketumbar tp asyik x hidup je.. boleh la cuba ikut cara sy ni..sy kongsi sekadar yg sy tau je..boleh baca penerangan di setiap gambar..

CARA TANAM:
Medium sy gunakan adalah tanah hitam yg di campur dengan cocopeat sikit… pembajaan pula sy ada guna baja biji yg di beli kt eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kdg2 sy siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je.. siraman air setiap pagi atau ptg..atau 2x sehari..bergantung pada cuaca..

Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja. Sebab saya letak kat balkoni. Jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap..

Penjagaan dia sgt senang dan mudah hidup klo kena dgn caranya tapi tak  panjang usianya.

TANAM DI BALKONI 

Ok la sekian sahaja perkongsian dari sy ye.. selamat mencuba ye buat sahabat kebun.. sy xde ruangan yg luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la utk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas ati.. silakan share jika bermanfaat utk kawan-kawan.

LIHAT GAMBAR INI

Biji ketumbar ni sy beli yg timbang kilo je..beli kt pasaraya mydin je..pasaraya lain2 pon ada je yg jual timbang kilo ni..beli x smpai 50sen..leh tanam banyak kali.. untung kan x yah beli yg paket jual kt kedai dh.
Pastikan masa beli tu..biji ketumbar dia bewarna cerah dan nmpk masih baru.. baru la senang nk bercambah nanti bila di semai.. klo yg warna dh agk gelap atau kelabu semcm je..peratus untuk hidup tu susah..
Sy rendam sesudu makan je biji ketumbar ni semalaman… bg dia lembut n mudah pecah nti..
Setelah rendam semalaman..sy tabur je kt pasu.. pastu siram air bg tanah lembab sentiasa..
Ni hari ke 4 setelah di tabur ke dalam pasu..nmpk dah pertumbuhan dia menjadi..
Ni dia dh mula menampakkan bibit pertumbuhan ank pokok ketumbar..
Dia dh naik meninggi mcm ni..rasanya usia bru seminggu masa ni..
Ni dh mula penuh sepasu.. berebut2 semua nk naik berhimpit2 mcm ni.
Setelah besar mcm ni..dh boleh la pindahkan ke bekas lain..tp di sebbkan ruangan sy terhad kt balkoni je..maka sy biar dia bersesak2 dalam 1 pasu tu..😂😂
Sgt senang bila nk guna..tinggal petik je sikit..boleh la letak dalam tom yam..dalam paprik..dalam sup thai..mcm2 lagi la.. sy dulu x suka bau dia..sebb bau aroma dia macam bau “kumbang busuk” tp setelah ada org ajar sy mkn tomyam thai je..lelama jdi suka… rasa sedap plak bau aroma dia skrg ni..
Ni bila x terpetik n biar kan dia membesar sendiri..dia jdi berdaun halus..tanda2 penuaan di situ..
Setelah daun2 pucuk mengecil..maka keluarla bunga dia.. nasib pokok ketumbar ni x gayat duk tingkat 4.

 

Taraaaaa…ni la biji ketumbar dia..firstime sy tgk depan mata… setelah tua diaakan berbunga..dan akan jdi biji ketumbar balik… klo rajin nk tunggu dia kering..boleh la amik guna tanam semula..tp sy x ambil pon..sebb beli biji ketumbar timbang dh..byk kali dh boleh semai. ok la..selamat mencuba.

Selamat mencuba. Ilmu berkebun yang sangat bermanfaat.

Sumber: Ahalinda Darjan

IKLAN