Tanam Pokok Lemon Guna Biji Benih Aje, Wanita Ini Kongsi Caranya. Rupanya Mudah Nak Tanam Pokok Ni.

Share

Buah lemon mempunyai banyak khasiat. Tentu ramai amalkan minum air lemon setiap hari.

Lemon yang kaya dengan sebatian anti oksidan seperti karotenoid, flavon, flavonol, asid hidroksisinnamik, flavanon, asid sitrik dan asid askorbik berupaya untuk membantu melawan serangan radikal dalam sistem tubuh, seterusnya meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan untuk detoks.

Selain beli lemon di pasaran, apa kata kita cuba sendiri di halaman rumah. Boleh tanam dalam pasu saja. Malah kaedah nak tanam pun senang. Hanya menggunakan biji benih lemon aje.

Ikuti cara wanita ini.

Hari ini saya share cara-cara untuk menanam pokok lemon melalui biji benih.Ini adalah cabaran bg saya sbnrnya dan brharap ianya akan membesar sbg juara.

Ikut step by step.

Potong 2 lemon. Korek bijinya dan letak dlm sebuah bekas

Biji lemon ni perlu direndam dlm air separas biji lemon ni sahaja. Sebelum tu guna pisau lipat utk buat potongan kulit.Sekali hiris sahaja nk bg kulitnya terkopak sedikit.

Nampak tak.. Biji lemon selepas 24 jam direndam dlm air. Inilah hasilnya. Pastikan kulit luar tu dihiris nipis ye.Ya Allah, besarnya tapak tangan saya

Bentuk biji benih lemon dari dekat stlh disunatkan dan direndam semalaman. potong sikit je memanjang kebawah.. Jgn dalam sangat.

Ni mangkuk polisterin. Tebuk bawahnya guna pisau.

Ginila bentuknya selepas ditebuk.

Masukkn biji lemon yg dah disunatkn tadi ke dlm bekas polisterin yg brcampur tanah.. Media yg saya gunakan, tanah hitam +cocopeat +sekam mentah +kompos. Gaul rata.Tutup semaian dgn baki tanah. Siram dan letak di bawah matahari 70% shj.

10 hari slps semaian. Yg ni saya dah pindahkn.

Yg ni slps usianya sebulan

Yg ni anak pokok lemon berusia sebulan setengah.

Selamat mencuba.

Sumber: Liyana Mohd Poad

 

 

IKLAN