Menyediakan minuman teh untuk keluarga andai diletakkan bersama daun pudina memang segar rasanya. Jadi apa kata, alang-alang keluarga suka akan rasanya baik ditanam sendiri pokok pudina ini. Lagi pun, menjaga tanaman ini tidaklah secerewet menanam pokok bunga ros atau sebagainya yang memerlukan perhatian rapi.
Jadi di sini ada dikongsikan sedikit tip untuk yang baru ingin mencuba menanam pokok pudina ini. Ada trik rupanya untuk pastikan bila ditanam tidak mudah tercabut bila disiram. Nak tahu apa itu, jom ikuti perkongsian bermanfaat daripada Rina Kefele ini.
Macam-macam cara dan teknik tanam pudina saya cuba, ini teknik yang paling menjadi. Tak layu langsung. Tapi kalau kawan-kawan buat jadi layu jangan la salahkan saya pulak ye… Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ni saya ambil dari group kbjts. Sebelum ni dia guna cara ni tanam pokok sireh.Dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup. Selamat mencuba.
Langkah 1
Saya petik dari pokok, ambil yang hujung-hujung dah berjurai.
Langkah 2 :
Ads
Sediakan bekas dan tanah. Saya guna tanah hitam je.
Langkah 3 :
Ads
Buang daun dan simpulkan macam ni.
Langkah 4 :
Ads
Tanam macam ni, masuk dan timbus tanah je. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram tak lari.
Langkah 5
Simpan tempat redup
Pokok pudina hidup subur
sumber : Rina Kefele via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ikan masin kalau dihidangkan bersama nasi panas, ulam dan sambal belacan memang terasa hebatnya. Hangat dan terangkat. Sebenarnya taklah susah untuk hasilkan ikan masin sendiri di rumah. Senang sangat cara nak sediakannya.
Jom kita cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh blog chesitinoor.blogspot.my ini. Nampak senang. Jom cuba.
Untuk pengetahuan, ikan gelama adalah antara ikan yang selamat dimakan time berpantang. Hoho inilah juadah utama aku masa dalam pantang. Sedap bila bakar.
Aku memang buat sendiri ikan kering ni dah dekat-dekat time bersalin. Ok, apa kata kita tengok macamana nak buat ikan masin gelama, boleh adjust tahap kemasinan dan tahap kelembutan isinya. ewah…
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
Garam
Cuka makan
CARANYA:
1. Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya dan jangan sampai putus.
2. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gambar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang.Cuci bersih-bersih.
3. Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segenggam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik then masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
4. Esoknya, bilas ikan. Masa ini kita adjust rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur.
5. Bilas bersih dan toskan. Sebelum susun atas talam, basahkan/percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka, bau cuka akan menjauhkan lalat daripada ikan.
6. Sila jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari hingga 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
*nota:
Aku biasanya jemur 1 hari, kul 10.00pg-4.30 petang. Ikan dah kering, bungkus dan letak dalam freezer.
Tips:
1. Jemur kat atas bumbung rumah, makin tinggi tempat, makin sukar untuk lalat hinggap.
2. Sentiasa pantau sebab kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan, nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
3. Ikan ini bukan kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam freezer untuk elak daripada busuk atau hapak.
Si comel Nur Aisywara Neelofa, anak kepada mua terkenal, MUA Bellaz tidak pernah menghampakan wargamaya di media social. Ada sahaja aksi comelnya yang menghiburkan semua.
Terbaru, aksi comel Wara yang tampil dengan pakaian seakan karektor patung ikonik dalam siri Squid Game, Young-hee menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian ibunya, Wara mempamerkan jelingan tajam sama seperti aksi bersahaja patung Young-hee menerusi siri popular dunia itu.
“Alamak dia ada kat sini la,” kongsi Mua Bellaz menerusi kapsyennya.
Apa yang menariknya biar pun membawakan karektor ganas itu namun ramai pula yang menawarkan diri untuk ‘ditembak’ dan menjadi peserta kepada permainan itu.
Tidak kurang juga yang memuji kecomelan dan kepetahan Wara yang sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuasa doa bagi kita orang Islam memang hebat kerana kita yakin Allah adalah tempat pergantungan yang Maha Agung. Keyakinan berdoa ini hakikatnya mempunyai potensi besar dalam mengubah segalanya.
Pun begitu, dalam kita berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh yakin seban waktu, tahukah anda sebenarnya cara kita berdoa juga mempengaruhi apa yang kita perolehi?
Melalui posting Puan Sarah Bakhtiar ini ada menjelaskan dengan tukar cara berdoa melalui 6 formula ini, INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..
Formula 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, ” Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)’.
Formula 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya ALLAH berilah aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
” Ya ALLAH *kurniakanlah* aku…”
Kerana apa? Jika kita sebut *beri* maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut *kurnia*, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
Formula 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini,
” semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
Formula 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
“Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.”
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
Formula 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
“Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..’
Formula 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
“Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..’
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.