Tanam Serai Terus Ke Tanah Memang Hidup, Tapi Kalau Nak Lagi Cepat Bertunas Ni Cara Kena Buat!

Share

Perkara biasa yang kita lakukan untuk menanam serai dibelakang rumah, lain tidak bukan adalah dengan terus menanam serai ke tanah yang siap digembur. Jika tidak pun ada juga yang menyarankan untuk disemai di dalam pasu terlebih dahulu sebelum dialihkan ke tanah bila tiba waktunya.

Pun begitu, sebenarnya ada cara yang lebih efektif untuk pastikan serai yang ingin ditanam cepat bertunas dan berpotensi untuk hidup subur. Jadi bagaimana caranya itu?

.

Menjawab persoalan ini, ayuh kita hadam perkongsian daripada Azyan Syazwani dan bolehlah dipraktikkan untuk manfaat bersama.

“Sebelum ni kami tanam serai memang terus cucuk direct ke tanah. Hidup memang hidup cuma ambil masa nak bertunas. Makin di skodeng rasa makin lambat ekauu nak bertunas baru. Nah Kak Yan share tips ni. Moga bermanfaat untuk korang juga”

Cara untuk cepatkan keluar tunas


.

1. Potong serai tinggalkan balance seinci. Ubi/isinya korang guna untuk masak. Tak ada la membazir.


.

2. Kemudian rendam serai tu dengan air. Air tak payah banyak sangat. Cukup sekadar paras untuk akar tu keluar.

3. Pastikan keadaan serai tu susun berdiri tau

4. Lepas tu biar je berendam. Kalau air kurang dari sehari ke sehari tu korang tambah la ya


.

5. Insyaallah dalam beberapa hari muncul la akar. Lepas tu muncul tunas pokok-pokok baru.

6. Dah keluar 2 3 tunas anak pokok, kak yan pindahkan ke tanah.

Sumber : Azyan Syazwani via Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri

IKLAN