“Tarik Daddy Masuk Syurga Sekali.” Aturan Allah, Anak Sulung Meninggal & Selang Sehari Isteri Pula ‘Pergi’. Sebaknya Baca!

Share

Tarikh 26 Ogos sepatutnya menjadi detik yang cukup bermakna buat lelaki ini kerana tarikh itu anak sulungnya bakal dilahirkan, akan tetapi kita hanya mampu merancang, tetapi yang menentukan adalah Allah Allah Yang Satu.

Dalam kegembiraan bakal bergelar ayah, dia dikejutkan apabila kembalinya zuriat pertama ke sisi Allah Swt.
lebih memilukan apabila ia berlaku serentak, perasaan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Lebih memilukan dia bukan hanya hilang anak, bahkan juga hilang isteri tercinta dalam selang sehari sahaja. Beratnya dugaan terpaksa dilalui lelaki ini.

Menerusi perkongsian di Twitter lelaki tersebut dikenali sebagai Muhammad Syahir berkongsi beberapa foto momen indah bersama arwah isteri dan anaknya.

 


Perkongsian tersebut mendapat respond dari rata-rata pengguna twitter yang turut bersimpati dengan apa yang berlaku pada Muhammad Syahir.

Menurut salah satu komen, pada 4 Mac lalu, anak sulung lelaki ini dikhabarkan meninggal dunia, dan kemudian selang sehari isterinya pula dijemput Ilahi akibat menderita penyakit barah.

Sumber : ssyyhhrr

IKLAN