Tarik Perhatian Anak-Anak Dengan Donat Pandan Susu Terlebih Lembut Dan Gebu, Confirm Sedap!

Share

Donat yang lembut dan gebu kalau dimakan ketika panas memang lain macam rasa enaknya. Confirm tak cukup satu, pasti nak lagi.

Tapi bagaimana pula dengan donat pandan ni? Tengok gambar sahaja dah rasa meleleh air liur, inilah pula merasanya. Dengan hanya melihat gambar sahaja kita sudah membayangkan kelembutan dan kegebuan teksturnya. Rasanya pastilah lagi hebat.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Zaimah Zakaria ini memang buat kita semangat nak cuba. Malah dikongsikan ramai netizen, yang rata-rata mengagumi donatnya yang lembut dan gebu. Tak hanya donat, rupanya wanita ini sentiasa berkongsi resipi menarik saban hari. Memang hebat.

Jom cuba resipi Donat Pandan Susu petang ni.

Donat Pandan Susu

Bahan-bahan:
1 sudu kecil garam
500gm tepung roti
11 gm yis
10 gm bread improver
20 gm susu tepung
50 gm gula pasir
2 biji telur gred A
80 gm butter @ marjerin
160 gm air sejuk
2 sudu kecil pes pandan
Sedikit susu tepung untuk salut donat

Caranya:

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk mixer, kecuali air sejuk.

2. Kemudian barulah dimasukkan air sejuk, sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga jadi doh yang licin dan tak melekat di tangan.

4. Timbang setiap satu doh dengan berat 50gm.

5. Bulat-bulatkan doh dan canaikan doh.

6. Ambik penutup botol dan tekan di tengah-tengah adunan.

7. Tunggu doh naik dan goreng guna api perlahan.

8. Salut dengan susu atau gula halus.

Selamat mendonat!

Sumber: Zaimah Zakaria

IKLAN