Taukey Laksa Bagi Petua Hanya 10 Minit Jer Rebus Laksa Jadi Lembut, Tak Perlu Masak Lama Ini Caranya.

Share

Buat penggemar laksa tentunya mencari cara yang mudah untuk kukus laksa agar menjadi lembut.

Jika nak merebus laksa kering memang memakan masa yang agak lama. Sebenarnya ada petua yang cepat supaya laksa cepat jadi lembut.

Seterusnya ikuti perkongsian puan Suzana Saad yang berkongsi petua yang diberikan oleh seorang taukey laksa.

Dulu saya kalau nak buat laksa, malas bab nak rebus laksa sbb kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tokeh laksa, anytime terasa nk makan laksa, terus pi cari ikan.

Cara penyediaan:

Rendam laksa kering tu semalaman atau 2 jam pun ok dah

 Dengan air rendam tu, rebus hingga mendidih dalam 10 minit.  

Tutup api & tutup piuk.

 Biarkan dalam air panas tu 1 jam. Kenudian boleh  tapis laksa tapi jangan basuh ye. Biarkan dalam penapis macam tu ja. Dah boleh makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Suzana Saad

IKLAN