“Teknik Hafal & Kenal Huruf Ni Bagus. Pandai Ney Ney.” Guna Teknik Jari Belajar Mengaji, Cara Unik Anak Nora Danish Dipuji!

Share

Setiap ibu bapa pasti tidak akan melepaskan peluang merakam momen anak-anak membesar, baik dalam apa jua yang dilakukan si kecil ini.

Termasuklah juga dalam hal pembelajaran.Demikian juga dengan pelakon Nora Danish yang sering memuat naik perkongsian di Instagram tentang anak lelakinya, Mohamed Neqayl Nedim.

Dalam perkongsian terbaru isteri kesayangan Bosned ini , Nora berkongsi cara anak lelakinya yang mesra dipanggiol Ney Ney belajar membaca huruf jawi menggunakan teknik jari bermula dari huruf Aliff sehingga Yaa dengan begitu fasih.

 

Menariknya, cara yang ditunjukkan oleh Ney Ney adalah dengan menggerakan jarinya bagi mewakili setip huruf. Nampak menarik kaedah yang dikongsikannya.

Cukup simple dan nampak comel lebih-lebih lagi dengan slang Ney Ney yang tersendiri membuatkan cara tersebut nampak unik dan lain dari yang lain.

 Bukan hanya Nora, suaminya Bosned juga turut berkongsi kaletah anak lelaki mereka ini belajar.

Selain itu, Nora dan Bosned juga ada berkongsi cara anaknya yang kini berusia 3 tahun untuk membaca buku.

Dalam usia tersebut menunjukkan kepetahan Ney Ney dan bijak mengingati semua benda yang dipelajarinya.

Perkongsian suami isteri ini mendapat pujian ramai, malah yang suka mendengar slang Ney Ney ala-ala mat saleh itu.

shajaffa Pandai Neyney. Slang mcm matsalleh baca alif ba ta
makeupbyhunnie Slang kau alif ba ta lam aliff gituhhhh😍😂😁 .. clever boy!! 👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼
binyimt Ney Ney dah bukti kan yg Ney Ney bukan saja membesar dengan kecomelan tapi juga kecerdikan…..Pandai Mummy, Always My Puteri ..Kita Enjoy.❤️❤️
Sebutan pun sedap
beyoutycosmetics_hqYa Allah sebutan pun sedap😍. Pandai neyney
mastura_mukhtarKak dh byk kali tgk… neyney akan pakai jari bila menyebut ABC, sifir .mengaji dll… cara apa yg dia pakai ya?? @noradanish@boss_ned 👍👍
Bijaknya mummy ajar
syiranuar_I saw his hand, is it a sign @noradanish ? Dua tiga kali ulang ni tengok tangan dia. Bila dia tak dapat buat sign, dia ulang lagi. So clever this boy. ❤️
hafiz_bahamanMacam mat salleh dia sebut, baguslah dah hafal
Hafal guna formula
cutezz @noradanish teknik Ney Ney menghafal dan mengenal huruf jawi nie bagus… sekali gus dia boleh ingat bentuk huruf jawi tu dengan mudah … pandai Ney Ney! 😘😘😘
hidayu_amran Dia hafal guna formula lahhh, tgk tgn diaaaa. Bijaknya mummy dia ajar.

Sumber: noradanish boss_ned

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN