“Teman Dia Macamana Papa Teman Mama.” Anak Selamat Bertunang, Ucapan Suami Sheila Rusly Ringkas Tapi Bermakna. Tahniah!

Share

Kisah percintaan antara anak Sheila Rusly dan adik Fasha Sandha pernah dilaporkan di media massa sebelum ini. Namun masing-masing mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut.

Terbaru, menerusi laman instagramnya, Sheila Rusly memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang memeluk seorang wanita yang mengenakan busana putih.

Dalam pada itu, ramai yang meneka bahawa wanita tersebut adalah pelakon Elisya Sandha, kekasih hati anak lelaki Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Teka teki tersebut ternyata betul apabila Jinggo, memuat naik satu video pendek memaparkan wajah Sheila Rusly bersama bakal menantu mereka.

Dalam pada itu, wajah manis dan cantik Elisya turut dimuat jurumekap yang dikenali sebagai Ijoy yang menunjukkan pelakon berusia 22 tahun itu tampil menawan dalam busana putih itu.

 Rata-rata warganet mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan semoga anak Sheila Rusly selamat sehingga ke jenjang pelamin.

_anggunkaerfahmi 😍😍 Sebak tengok caption. Ringkas tapi penuh makna. Tahniah ❤️
lazara8585 Wahhh tahniahhh dpt menantu😘
im_suri_pipizola Alhamdulillah tahniah.. semoga jodoh kekal hingga jannah..pasangan serasi👍👍👍 suka sangat…😍
im_suri_pipizola Alhamdulillah tahniah.. semoga jodoh kekal hingga jannah..pasangan serasi👍👍👍 suka sangat…😍
amirazahra488 😍 pesanan yg ringkas Dr seorang ayah tp penuh makna
98haniee Alhamdulillah. Tahniah tok sidang dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan, aamiin 🌸

 

Sumber: Instagram: jinggo_jspictures  Sheila RuslyIjoy

IKLAN