“Tempat Isteri Di sisi Suami.” Bercuti Panjang Bawa Anak Jumpa Suami, Luahan Dayah Bakar Buat Warganet Sebak!

Share

Bukan mudah untuk seseorang wanita bergelar isteri yang sanggup berkorban, melepaskan suami yang disayangi demi berkhidmat untuk negara.

Itulah pengorbanan seorang isteri anggota beruniform terpaksa berjauhan dengan suami tersayang yang terpaksa bertugas di kejauhan.

Itulah yang dihadapi oleh pengacara, Dayah Bakar apabila suaminya ditugaskan ke Australia. Selama lebih kurang setahun pasangan ini terpaksa berjauhan. Sehinggakan waktu melahirkan bayi sulung mereka, suami Dayah iaitu Muhammad Hanif Hamidi tiada di sisi.

Malah, dia hanya mampu melihat anak mereka membesar menerusi panggilan video sahaja. Kapten Hanif kini bertugas di Australia sejak Januari yang lalu.

Terbaru, Dayah berkongsi dengan pengikut di laman instagramnya yang dia bakal bercuti untuk bertemu dengan suaminya.

Siaran terakhir Dayah di Borak Kopitiam 2020 💙😢

Semenjak Dayah mula mengacara, Dayah tak pernah ada satu cuti yang panjang . I love what I’m doing and I just don’t know how to stop. I give all my heart for the audience each and everytime I’m on screen .


Sekarang , izinkan Dayah dan Achbar Muhammad Fahri, untuk berehat sebentar untuk disatukan kembali bersama suami. In sha Allah, I’ll come back stronger.
Thank you for all the love , warm wishes dan doa yang baik-baik untuk Dayah dan keluarga . Dayah terima message tak henti-henti , masha Allah . I feel loved and appreciated alhamdulillah ❤️

Don’t worry. I’m still here ! I’ll be working ONLINE ! 😊
Always stay connected ok ?

Perkongsian Dayah tersebut membuatkan ramai sebak dan mendoakan pasangan ini bakal bersatu kembali.

Hebatnya seorang wanita

tashamanshahar Kita cryyyyyyyyyy 😭😭😭😭 dayah semoga dayah dapat kebahagiaan dunia akhirat!!! You deserve only good things in life i love youuuuu ♥️♥️♥️
hasmawatie_own 😢😢hebatnya seorang wanita.. air mata yg mengalir merupakan penguat semangat . Semoga bahagia hgga syurga.. Nangis sy.. 😭😭
azimahyahya Knape pulak sy yg nangiss😭 smoga dpermudahkan urusan dayah jumpa suami n smoga dlimpahi rezeki dan kasih sayang yg berpanjangan ☺️
norlela_ibrahimAll the best Dayah..sis sebak n nangis tgok Borak Kopitiam semalam..moga terus berbahagia bersama suami dan anak tercinta 💖💖
Seorang ibu dan isteri yang kuat
cikpuannazifahGonna miss u dayah omey in borak kopitiam..ank sy pon suke kalo tgk dayah…’cantik kakak ni kn mama ‘ 😅😅… Kalo ade dayah je die nk tgk.. semoga dipermudahkn segala urusan dayah & semoga bhgia selalu..aamiin ❤️😍
yl_oiloverAlhamdullilah tempat seorang isteri sebaiknya disisi suami… Happy for you adik!!
iboobazzAll the best ❤️ Take care di tempat orang.. Doa saya bersama dayah… Moga terus bahagia bersama family.. Tumpang gembira 💕
wanieysham_All the best Dayah 😍, mmg seorg istri & ibu yg kuat… Setahun masa yg sgt pnjg tnpa suami,Allah Alhamdulillah lepas ni bersatu kembali dgn suami… Selamat beristrirehat ya.. 😘
Sumber: dayahbakar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN