Tengku, Che Puan Mahkota Kelantan Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

Share

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan pasangan, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansso mengumumkan bakal menerima cahaya mata sulung pada Julai nanti.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Instagram kira-kira satu jam lalu pada Sabtu.

Melalui akaun yang dikenali sebagai Ijo_ baginda bertitah:

“Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama. Kelahiran tersebut dijangka pada Julai 2023.”

Berita gembira tersebut telah mendapat tanda gembira lebih 13,000 pengikutnya serta lebih 1,000 komen di Instagram.

Pasangan diraja tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 April 2019.

Sumber : Instagram Sofie Louise Johansson Petra

IKLAN