Tengok Biasa Je Roti Telur, Tapi Ada Rasa ‘Special’ Bila Tambah 1 Bahan Ni!

Share

Roti selain dari makan sapu jem, atau buat celup ayaq, buat roti telur pun sedap tau!

Lain orang, lain cara penyediaan roti telur. Kalau min, cukup kacau telur dengan cili blend sikit kasi pedas dan sikit garam, terus goreng.

Haa ni ada satu resipi min jumpa tetapi roti telur spesial yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi di laman Facebooknya memang lain daripada lain.

Kalau nak tahu, ada satu bahan rahsia yang digunakan untuk menghasilkan roti telur spesial ini. Apa ya agak-agak? Jom baca kalau nak tahu!

ROTI TELUR SPESIAL GUNA 1 BAHAN RAHSIA, MEMANG KENA CUBA

1. Guna satu plastik roti benggali. Kalau guna yang segi empat rasanya kurang kick. Potong setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.

2. Seterusnya inilah bahan rahsia yang menaikkan rasa roti bakar itu. Wajib guna marjerin jenama di bawah kerana boleh buat roti kita bau wangi berganda.

Sapu marjerin di kedua-dua belah roti. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.

3. Kena sapukan juga marjerin dekat pan terlebih dahulu sebelum dipanaskan.

4. Kalau nak jimat penggunaan telur, boleh tepek dengan garfu macam dalam gambar. Buat kedua-dua belah.

5. Kemudian dibakar atas pan yang dipanaskan seketika tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi.

Siap! Sedia untuk dihidangkan. Boleh tuang susu pekat manis atau taburan gula untuk rasa lebih sedap. Kalau anak makan, pasti mereka akan teringat-ingat!

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Afy Al Habibi

IKLAN