Terbuang Gelang Emas RM70,000, Wanita Ini Selongkar Lori Sampah Sampai Jumpa, Buat Netizen Terpegun.

Share

Tular video di media sosial seorang wanita mencari barang kemas kemas dalam timbunan sampah.

Namun, siapa sangka, rezeki memihak kepadanya apabila barang kemas miliknya dijumpa walaupun dalam timbunan sampah yang banyak!

Menerusi satu perkongsian video daripada Cik Puan Suria di laman Facebook, wanita terbabit mendapatkan bantuan beberapa pekerja pembersihan untuk menyelongkar sampah.

Bacaan lanjut: Hampir Kehilangan Lengan Akibat Jangkitan Bakteria Ketika Siang Udang, Kisah Ini Bikin Netizen Terkejut!

Dengan bantuan yang diberi, akhirnya barang kemas milik wanita itu berjaya dijumpai. Mujur kejadian itu cepat disedari.

Barang kemas bernilai RM70,000

Barang kemas dianggarkan bernilai RM70,000 itu disimpan dalam sebuah kotak berwarna hijau mengandungi beberapa gelang emas.

Difahamkan secara tidak sengaja membuang kotak hijau itu bersama sampah-sampah lain di rumahnya.

Menerusi video memperlihatkan wanita itu melahirkan rasa syukur barang kemasnya dijumpai.

Katanya, barang kemas disimpan dalam kotak setelah saiz gelang emasnya tidak muat dipadankan setelah berat badannya meningkat.

Dalam pada itu, dia sempat mengucapkan terima kasih dan bercadang belanja makan kepada pekerja pembersihan sebagai mengenang budi.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu turut mendapat perhatian netizen yang mengucapkan tahniah dan ucapan syukur buat wanita berkenaan.

Sumber: Cik Puan Suria

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN