“Terima Kasih Ibu Terima Faz Seadanya & Lahirkan Seorang Imam Yang Membahagiakan Faz.” Untung Fazura Dapat Mentua Penuh Kasih Sayang!

Share

Bukan main bersemut lagi ucapan hari jadi menantu kepada ibu mentuanya. Isteri kesayangan Fattah Amin ini sememangnya seorang yang lemah lembut dan begitu mementingkan hubungan kekeluargaan. Patutlah dia sangat disayangi oleh peminatnya.

Semalam, dia dan Fattah telah menyambut hari jadi ibu mentuanya dalam satu majlis yang cukup ringkas. Malah, Fazura turut memuat naik beberapa keping gambar serta video berkenaan majlis tersebut.


Sanah Helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai Ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntung nya saya dikurniakan Ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih-sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.

Terima kasih Ibu kerana menerima Faz seadanya dan melahirkan seorang Imam yang cukup membahagiakan Faz, di dunia dan akhirat InsyaAllah. Doa Faz buat Ibu semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki,
dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Love you Ibu .

Tidak ketinggalan para pengikut di laman instagramnya turut mendoakan serta memuji Fazura yang beruntung memiliki ibu mentua yang baik hati dan penyayang.

ayuazuraAlhamdullilah..kamu sngt beruntung Faz.. smga perhubungan ini kekal kesyurga?? @missfazura

adeq_aten95Seronoknya tengok kak faz & mother in law. Rasa bahagia sangat tengok muka. Moga suatu hari nanti saya dikurniakan ibu mertua mcm sifat ibu mertua kak faz.

sofeasopheaFaz, sebak i baca coretan you buat your mom in law tersayang. Semoga segala kebaikan untuk ibu Fattah , Faz and Fattah akan Allah berikan ???

fattfazzforeverAlhamdulillah… @missfazura you are so lucky sbb mendapat seorang ibu mertua yg Sgt baik budi pekertinya sama seperti menantunya?? semoga Allah sentiasa memelihara melindungi kali an sekeluarga didunia dan akhirat insyaallah?????

ciknorms33Mari puji memuji kpd Tuhan..nikmat diberi melimpah seluruh alam..mari puji memuji Tuhan yg esa..AllahumaSolli Ala Muhammad Wa ala ali muhammad..tiada kata yg mampu diucapkan selain segala puji bg Allah atas segala nikmat dan kurnia yg diberikan kpd kita semua dan saling kasih mengasihi sesama kita,hormat menghormati dan saling sayang menyanyangi..happy birthday ibu mertua faz..semoga panjang umur murah rezeki dan diberikan kesihatan yg baik.Aamin

qayra_rinnieSebak baca…untungnya faz…?

einaznlAamiin….sanah helwah buat ibu @fattahaminz ….semoga sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat, diberi kesihatan yg baik, dilimpahi rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta ???

asrina_mpAllahuakbar beruntungnya kamu dikelilingi oleh kluarga mertua yg menutupi aurat.. Moga 1 day kamu pun mampu bhijrah.. Insyaallah fatah mampu mmbinbing kamu nanti..

Sumber: IG missfazura

 

IKLAN