“Terima Kasih Isteriku, Tugasmu Agak Berat Minggu Ini.” Achey Terharu Pengorbanan Isteri, Netizen Puji Patut Jadi Contoh

Share

Tiada yang lebih membahagiakan bila mana mendapat pasangan yang cukup memahami. Barulah dikatakan berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Demikian juga dengan pasangan suami isteri ini. Mereka cukup menyokong antara satu sama lain.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Achey mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang tersayang, Anne atau nama Nor Hasanah Yahaya, kerana memahami apa yang sedang dilaluinya.
Tq (Terima kasih) isteri ku, tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak, drive (memandu), dan persiapan semua diselesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melampiaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat buat seketika.

“InshaAllah kembali dengan perjuangan yang baru,” tulisnya sambil meninggalkan tanda pagar ‘kita baik ramai sayang’ dan ‘bocey’ pada ruangan kapsyennya.
Perrkongsian tersebut dimuat naik dengan sekeping gambar yang menunjukkan isteri Achey sedang mendukung anak mereka, Tiara Zinnirah ketika menziarah pusara Allahyarham Abam.

IKLAN