Pelakon Sheera Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram oleh suaminya, Mohd Halim Abd Ghani menerusi platform akaun media sosial Instagram aktres berkenaan.
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa.
“Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs,” tulisnya.
Ads
Mohd Halim turut berkongsi rasa terharu dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya.
“Jutaan Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, Doktor2 dan nurse2 yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri Saya yang tercinta,
Ads
“Saya amat menghargainya Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin#syukur #baby #sheerahalim,” tulisnya dikapsyen.
Bawang putih semenangnya banyak kegunaannya dalam pelbagai rutin harian kita. Malah dalam kebanyakkan petua nenek-nenek kita turut sama menggunakan bawang putih.
Petua yang diamalkan oleh mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu bukanlah hanya cakap kosong. Ada baiknya dalam merawat beberapa penyakit ringan.
Petua nenek menggunakan bawang putih antara yang wajib kita cuba. Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sebilangan besar masakan Cina. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin.
Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh. Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakkan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumorkerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendengar celoteh anak-anak ketika pulang daripada sekolah memang macam-macam kisahnya. Selain kita hanya mendengar sahaja, ada baiknya diajukan beberapa soalan ini sebagaimana yang disarankan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Menurutnya, daripada soalan-soalan itu ibu ayah dapat memahami perasaan anak-anak di sekolah. Jom ketahui apakah soalan-soalan tersebut.
BILA ANAK PULANG DARI SEKOLAH, APA YANG PERLU IBUBAPA TANYA?
1. Makan apa di sekolah?
– Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab ; bekal makanan tumpah, duit hilang atau duit kena pau.
– Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.
– Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.
2. Beli apa disekolah?
– Ibubapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!
– Paling ramai murid tewas dengan koperasi/kedai buku sekolah. Suka betul mereka membeli kat sana. Pembaris dah ada 3 dia beli lagi dua.
– Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam/meminta duit kawan.
– Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya ‘diminta’ oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibubapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?
3. Belajar apa hari ini?
– Penting soalan ini agar murid ‘recall’ balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian ‘dipanaskan’ oleh ibubapa dirumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanya ya.
4. Ada kerja rumah atau tidak?
– Soalan ini biasanya hampir semua ibubapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.
– Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
.
5. Tolong periksa beg anak. Tolong?
– Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.
– Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.
– Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.
6. Barang ini milik siapa?
– Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu.
– Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, ‘kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan’.
– Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.
7. Apa benda yang seronok/tak seronok berlaku hari ini di sekolah?
– Sangat penting mendengar jawapan anak. Membuat mereka dihargai. Membuat mereka rasa diri mereka penting.
– Kurangnya komunikasi begini dengan anak membuatkan mereka menjarak. Dan mencari rakan sebaya untuk meluahkan segalanya. Dan akhirnya mereka mula ikut-ikut kawan, perangai mula nakal dan kita susah nak didik mereka.
– Dari respon mereka kita cuba teruskan keseronokan mereka ke sekolah dan selesaikan apa yang tak seronok itu.
Tarikh tukar duit raya 2026 Bank Islam & Maybank kini diumumkan. Ketahui waktu operasi kaunter, syarat tukar duit raya serta tip penting sebelum ke bank menjelang Aidilfitri.