Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Sama juga bagi anak kepada Amy Search ini yang juga pelakon, Nabila Huda menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya, Mohd Izwan Johar sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-7.
Menurut Nabila, suaminya seorang lelaki yang baik dan selalu membantunya dalam melakukan kerja rumah.
Ads
“Dear husband, Terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu. Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah isteri mu yang dramatic ini.
“Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan. Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Ujar Nabila, suaminya rajin memasak dan melakukan kerja rumah seperti membasuh baju, melipat kain serta mengemas rumah setiap hari. Bukan itu sahaja, Izwan juga seorang penghibur yang sentiasa membuat mereka ketawa. Paling penting, Nabila berkata Izwan sentiasa ada bersamanya tatkala susah mahupun senang.
“We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok. I’m scared of losing you. I can’t imagine life without you my love. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar,” tambahnya.
Tahniah diucapkan buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang selamat menimang cahaya mata keempatnya. Tambah manis lagi, si kecil itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bapanya iaitu pada 5 Januari lalu.
Menurut perkongsiannya, bayi kecil itu lahir beberapa minggu lebih awal dan kebetulan tanpa disangka jatuh pada hari kelahirannya.
“Syukur isteri yang tersayang @tyailyana memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna. Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga.
“Bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan dan diikuti dengan doktor memberitahu yang baby sudah tidak sabar untuk keluar, maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu.
“Alhamdulillah syukur isteri dan baby sehat walafiat dan dilindungi oleh Allah swt.
“Masyaallah Tabarakallah sekarang saya adalah ayah kepada 4 orang anak, semoga Allah swt memberikan balasan syurga kepada isteri yang banyak berkorban. I love you so much sayang ❤️,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelumba yang digelar The Pocket Rocket Man ini turut berkongsi pilihan nama buat anak keempat mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.
Nama indah, Amna Aseeya pula dipilih buat si kecil malah mempunyai makna yang cukup baik.
“Alhamdulillah baby ke-4 kami perempuan 💕. Kami berdua menamakannya dengan nama, AMNA ASEEYA.
“Amna, dalam bahasa Arab bermaksud keselamatan, perlindungan, keamanan. Manakala Aseeya, maksudnya penyayang. Juga nama isteri Firaun yang soleh, Aseeya binti Muzahim, yang hidup pada zaman Nabi Musa, seperti yang disebutkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Ia berasal dari kata A-S-A yang digunakan di beberapa tempat dalam Al-Quran.
“According to Hadith, she will be among the first women to enter Paradise. “The best of women among the people of Paradise are Khadija bint Khuwaylid, Fatimah bint Muhammad, Maryam bint ‘Imran, and ‘Asiyah bint Muzahim, the wife of Pharaoh.” (Source: Musnad Aḥmad 2896)
“Semoga Allah memberkati anak-anak kita dengan kesihatan, dan ketakwaan dan ikatan kasih sayang,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, Azizul dan isterinya, Athiah Ilyana turut memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Amna Maryam, 12, Amna Khadeeja, 8, dan Amna Fateema, 2.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Merujuk ucapan yang dibentangkan sebentar tadi secara langsung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan semua sekolah di seluruh negara ini ditutup bermula esok hingga ke hari akhir persekolahan pada 17 dan 18 Disember depan.
Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin berkata, bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala bagi Kumpulan B pada 18 Disember.
Sekolah di negeri Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun. Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak bagi mengekang penularan gelombang ketiga Covid-19 sehingga 6 Dis.
Home-based Learning
Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Di sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.
Kembali sekolah pada Januari 2021 secara berperingkat.
Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.
Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka
pada tarikh yang sama.
Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
Tunda Peperiksaan
Mengambil kira situasi semasa, KPM telah membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan tersebut. Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021.
Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021. Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan oleh YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, sebentar tadi.
Ibu ayah adalah insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak, justeru itu setiap tindakan yang anak ingin lakukan perlulah mendapat keizinan daripada ibu ayah untuk menandakan kita adalah anak yang taat, pandai menghormati dan menghargai ibu ayah.
Apatah lagi dalam soal mencari dan mimilih jodoh, restu ibu ayah itu sangat bermakna dan penting. Tidak keterlaluan juga bila ada yang mengatakan, kunci kebahagiaan dan kehidupan yang berkat dalam rumah tangga adalah dengan adanya restu ibu ayah.
Pun bagitu, atas alasan cinta tidak dinafikan wujud juga anak-anak yang sanggup mengetepikan nasihat ibu ayah hingga menyebabkan berlakunya perkahwinan tanpa restu. Berkahwin secara ‘senyap-senyap’ dan tahu-tahu sudah pun bernikah dengan pilihan hati.
Benar, restu ibu bapa bukanlah syarat sah perkahwinan namun mengabaikan perasaan ibu ayah pasti akan melukakan hati mereka. Sedangkan, sebagai anak perlu mengutamakan ibu bapa kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas taat Allah SWT dan Rasul.
Ini sebagaimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” Riwayat at-Tirmizi
Dalam memilih jodoh, ini dijelaskan sendiri oleh pendakwah Ustaz Azhar Idrus, walaupun ibu bapa tidak boleh memaksa anak berkahwin dengan pasangan yang dipilih kecuali bagi wali mujbir, Ustaz Azhar menasihatkan anak muda agar tidak mengetepikann pandangan ibu ayah dalam bab memilih jodoh.
“Jika tiada restu ibu bapa itu berkaitan dengan agama, misalnya pasangan itu tidak baik perangainya maka kita perlu mematuhi nasihat ibu bapa.
“Jika pasangan pilihan kita baik agamanya, tetapi ibu bapa tidak menyukai seseorang yang baik pegangan agama maka kita boleh mendahulukan pilihan sendiri dan kemudian memujuk ibu bapa.
“Namun jika pilihan ibu bapa dan pilihan kita kedua-duanya baik dari segi agama, kita perlu berkahwin dengan pilihan ibu bapa kerana konsepnya tiada ibu bapa maka tiadalah kita,” katanya menerusi saluran YouTube rasmi, Ustaz Azhar Idrus Official.
Pendakwah itu turut menambah, perkahwinan anak lelaki dengan pasangan tidak direstui ibu bapa tetap sah kerana lelaki tidak memerlukan wali.
Tetapi keputusan berkahwin dengan calon yang tidak disukai orang tua adalah sesuatu yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya.
“Jika kita meletakkan diri sebagai bapa, sukakah jika anak melawan cakap dan berkahwin dengan orang yang tidak kita sukai? Tentunya ramai tidak akan melakukannya.
“Justeru jika kita tidak mahu anak melakukan hal sebegitu maka elakkan berbuat sedemikian kepada ibu bapa pada hari ini. Jika tetap melakukannya ia dikatakan mementingkan diri sendiri,” katanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bagaimanapun bagi lelaki yang mengahwini pasangan tanpa restu tetapi pasangannya itu baik dan ibu bapa hanya terpedaya dengan fitnah pelbagai pihak, carilah jalan keluar menjernihkan keadaan.
“Jika pilihan kita itu sebenarnya baik dan ibu bapa kita hanya mendengar fitnah orang, maka perbaiki keadaan. Pujuk kedua-dua orang tua dan terangkan dengan baik. Tunjuk kesungguhan bahawa dengan pasangan itu kita berupaya mengecapi kebahagiaan, insya-ALLAH pada satu masa mereka akan merestui,” katanya.
Menurut Ustaz Azhar, dalam hal perkahwinan, ramai yang menjadi ‘buta’ tanpa seseorang itu menyedarinya. Beliau menasihatkan anak muda agar tidak mengenepikan kedua ibu bapa dalam mengejar pilihan hati.
“Apabila seseorang wanita menyukainya, beliau sudah menjadi ‘buta’. Apakah maksud buta itu? Beliau tidak lagi mendengar cakap (mentaati) ibu bapa. Cinta itu membutakan.
“Bercintalah tetapi tetap taat kepada ibu bapa. Ramai orang jatuh cinta terus tidak kenal (taat) kepada ibu bapa. Apa yang pasangannya mahukan itu lebih utama daripada ibu bapa. Itu namanya orang buta,” katanya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...