Perkongsian Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bercerita mengenai anak lelakinya yang menerima ‘surat cinta’ dari rakan perempuannya menyorot perhatian ramai.
Kongsi bapa kepada tujuh orang cahaya mata, anak kembarnya, Noah berhadapan situasi cemas apabila menerima sepucuk surat daripada rakan perempuannya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Dr Sheikh Muszaphar berkongsi momen Noah meminta izin untuk tidak hadir ke sekolah kerana malu untuk berhadapan rakan sekelasnya itu.
“Noah mesej saya semalam semasa saya masih lagi di Sibu.
Ads
“Dia panik sebab ada seorang rakan perempuan yang menulis surat kepadanya.
“Surat itu mengandungi mesej ‘I Love You‘.
Ads
“Sekarang Noah tidak mahu ke sekolah kerana dia malu dan takut. Mereka baru darjah dua,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar dilihat turut terhibur dengan kereneh anak lelakinya yang berhadapan situasi tersebut pada usianya lapan tahun.
Jika dahulu sebelum kahwin, wanita itu ada masa untuk dirinya. Ada masa untuk belai dirinya.
Namun, kini sebaliknya apabila punya keluarga sibuk termasuk menguruskan hal suami dan anak-anak.
Bukan wanita itu tidak ikhlas tetapi semua dilakukan demi kebahagiaan keluarganya. Hingga dia lupa ‘menjaga’ dirinya sendiri.
Namun, dalam kecintaaan untuk bahagiakan keluarga, para ibu harus jaga diri supaya kekal sihat. Apa yang pasti, sayangilah diri anda.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Ibu memang selalu lupa diri.
Baju anak dia yang beli
Baju suami dia yang uruskan
Tapi baju sendiri?
Makan anak dia siapkan
Makanan suami dia hidangkan
Makanan sendiri?
Anak sakit dia uruskan
Suami demam dia temankan
Sakit sendiri?
Bukankah itu tanda lupa diri?
Bila bersama anak-anaknya :
– Dia lupa dirinya belum makan
– Dia lupa dirinya belum mandi
– Dia lupa dirinya belum rehat lagi
– Dia lupa dirinya belum tidur lagi
Bila suaminya ada disisi
– Dia lupa dirinya sedang kepenatan
– Dia lupa dirinya juga perlukan perhatian
– Dia lupa dirinya juga perlukan belaian
– Dia lupa dirinya juga perlukan layanan
Wahai ibu
Sayangilah dirimu
Kasihanilah dirimu
Sayangi diri sendiri
Bukan bermakna engkau pentingkan diri
Sayangi diri sendiri
Bukan bermakna engkau abaikan anak dan suami
Ianya umpama
Engkau sedang mengisi tangki minyak sendiri
Supaya engkau mampu menyayangi mereka semua dengan lebih hebat lagi
Sayangilah dirimu wahai ibu
Kerana jika engkau menderita
Maka menderitalah seluruh ahli keluarga
Dan jika engkau bahagia
Maka berbahagialah seluruhnya
Kerana engkau begitu berharga
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seoang ayah kepada anak-anaknya. Sedaya mampu diusahakan untuk pastikan anak-anaknya diberikan keperluan yang secukupnya.
Walau hidupnya dibelenggu dengan kemiskinan, namun demi anak yang dicintai, seorang ayah itu akan bertindak seperti seorang super hero. Boleh lakukan apa sahaja demi anak tercinta.
Begitu juga halnya mengenai kisah yang dipetik daripada daripada Kompas.com berkenaan seorang ayah di Kemboja yang dihimpit kemiskinan, tidak mampu membeli beg sekolah untuk anaknya.
Namun dengan tekun si ayah ini sanggup mengayam beg sekolah yang diperbuat daripada tali rafia untuk diberikan kepada anaknya bagi memudahkan membawa buku-buku sekolah.
Gambar beg sekolah tali rafia buatan bapa seorang murid miskin di Kemboja tular di media sosial kerana dapat diubah kepada tiga jenis bentuk.
Memetik daripada Kompas.com, beg berwarna biru itu dianyam bapa NY Keng, murid Sekolah Rendah Lumpat yang berusia lima tahun.
Keng dilaporkan enggan ke sekolah kerana tidak mempunyai beg dan kerana tiada wang bapanya menganyam beg berkenaan untuk anaknya.
Guru Keng, Sophous Suon memuat naik beberapa keping gambar beg unik itu di Facebook dan status berkenaan dikongsi semula lebih 6,204 kali dengan 1,553 ‘likes’.
Sophous berkata, Keng yang berjalan kaki sejauh tiga kilometer tanpa kasut ke sekolah tidak segan membawa beg itu ke kelas.
Menurut Sophous, murid itu tinggal di Oda Commune Kamrieng yang terletak di daerah Battambang dan keluarganya baru berpindah dari Thailand. Sementara itu, Sophous berkata, Keng tidak begitu berminat untuk belajar kerana masih kecil. Sebaik pulang dari sekolah, kanak-kanak itu akan membantu ibu saudaranya mengembala sapi.
sumber : Kompas.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi sebuah keluarga yang masih mempunyai anak kecil, tidak dinafikan kos perbelanjaan harian untuk membeli susu, lampin pakai buang, baju, barangan mandian dan kelengkapan lainnya akan dijadikan keutamaan setiap kali membeli belah di pasaraya. Ini bagi memastikan segala keperluan anak dapat disediakan dengan lengkap dan sebaik mungkin.
Namun begitu dengan situasi ekonomi semasa, mungkin ibu bapa hari ini sudah mula berkira-kira dalam hal perbelanjaan barangan. Seakan terasa rugi pula andai berbelanja banyak sedangkan ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk penjimatan dalam berbelanja sekiranya bijak membuat pilihan.
Beli-belah di TESCO Baby Fair
Inilah peluang yang perlu direbut! Ibu ayah jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan membeli belah di TESCO sepanjang berlangsungnya Tesco Baby Fair untuk tahun ini, yang bermula pada 11 hingga 24 Februari 2021.
Begitu banyak pilihan barangan bayi seperti lampin pakai buang, tisu basah, susu formula dan sebagainya ditawarkan dengan harga promosi yang hebat. Rugi jika dilepaskan begitu sahaja!
Bahkan berbelanja di Tesco cukup senang dan selesa, semua keperluan barangan anak-anak anda tersedia di sini. Disatukan di bawah satu bumbung, semua yang dicari ada dan tanpa perlu lagi ibu ayah pergi ke beberapa kedai untuk mendapatkan keperluan anak-anak. Pendek kata, jimat tenaga dan poket tak ‘bocor’!
10 Produk Menarik & Berbaloi. Rugi Tak Beli!
1. Pek Isian Semula Cecair Pembersih Pureen 600ml Aneka hanya RM9.90 sahaja.
2. Susu Tepung Dutch Lady 123 / 456 Asli / Madu / Coklat /6+ Asli / Coklat 900gm dengan harga RM19.99/pek
3. Pek Mega Lampin Bayi Pakai Buang Drypers Wee Wee Dry S82 / M74 / L62 / XXL40, hanya RM 29.99/pek. Cukup berbaloi!
4. Susu Tepung Pediasure OHT Vanila / Asli 1.6kg hanya RM138/unit dan untuk belian ke dua diskaun RM10. Wow! Cukup menjimatkan.
5. Susu Tepung Enfagrow A+ 360DHA Complex S3 / S4 Asli / Vanila 1.7kg, ditawarkan pada harga RM125.99/unit dan Susu Tepung Enfagrow A+ 360DHA Complex S5 Asli RM 115.99/unit sahaja.
6. Susu Tepung S-26 Gold Progress 1.8kg dengan tawaran harga RM 124.90/unit manakala Susu Tepung S-26 Gold Promise 1.8kg hanya RM104.90/unit. Nak lagi jimat, beli 2 dan anda dapat diskaun RM15!
7. Susu Tepung Similac Gold Gain Plus 1.8kg RM124.99/unit dan RM112.99/unit pula ditawarkan untuk Susu Tepung Similac Gold Gain Kid 1.8kg. Beli 2, diskaun RM 10 lagi!
8. Tisu Pelembap Bayi Fred & Flo Tesco Moisturising / Gentle / Fragrance Free 2 x 80s hanya RM8.99/pek manakala Pek Isian Semula Tisu Pelembap Bayi Fred & Flo Tesco Moisturising 2 x 150s, hanya RM9.99/pek sahaja!
9. Susu Tepung Anmum Essential Step 3 / 4 Asli 1.5kg dengan harga RM79.99/unit. Ada diskaun RM15 dengan setiap pembelian RM150 ke atas, memang berbaloi.
10. Susu Tepung Dugro 3 / 4 Asli / Madu/ 5 Madu/ Asli/Coklat 850gm dengan harga RM19.99/pek. Wow! Dapat percuma pula Dugro Doodle Folder Bag dengan pembelian RM40 ke atas.
Berbaloi sungguh bila berbelanja barangan dan keperluan anak-anak bila adanya tawaran promosi dengan harga jauh lebih murah daripada biasa. Jadi bolehlah ibu ayah beli banyak untuk dijadikan stok akan datang.
Jadi usah fikir lama-lama, ayuh ke Tesco dan dapatkan semua tawaran menarik dan terbaik yang diberikan sepanjang Tesco Baby Fair 2021 berlangsung.
Anak Dr Azu Shahadan menjadi inspirasi apabila anaknya berjaya menamatkan IGCSE pada usia 15 tahun selepas belajar di enam sekolah berbeza sebelum menerima biasiswa perubatan ke Rusia.