Teringin Nak Cuba Buat Kunafa? Ni Resipi Boleh Buat, Senang Je Rupanya!

Share

Buat penggemar manisan daripada Timur Tengah tentu pernah menikmati keenakan rasa kunafa, iaitu menu yang pastry halus yang mewah dengan rasa manis dan lemak keju. Boleh dikatakan terlajak rasa sedapnya bila turut dinikmati bersama taburan kacang pistachio.

Jadi daripada terus membeli juadah ini ada bagusnya dicuba untuk menyediakan sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman.

RESIPI KANAFEH / KUNAFAH

Bahan-bahan:

– Kunafa Pastri / Kataifeh

– Cream Cheese / Akkawi Cheese

– Susu 250ml

– Mozzarella Cheese Block 250gm (lebihkan pun takpe)

– Air Mawar, Lemon, Gula

– 200ml air

– Pistachio

– Butter yang telah dicairkan

Ektra info :

Jika ada yang belum kenal dengan kunafa pastri, inilah rupa betuk dia macam bihun, tapi teksturnya halus. Saya  beli online sahaja di shopee.

Cara penyediaan:

1.Curah melted butter untuk memberi warna kuning-kekuningan dan gaul rata.

 

2. Masukkan kunafa pastri ni jangan tebal sangat ye…tekan-tekan bagi padat. Ketepikan.

3. Ambil periuk dan panaskan susu sekotok, kemudian masukkan masukkan cream cheese. Saya guna separuh dari 250gm cream cheese ni

4.Saya tambah lagi dengan cheese arab ni. Cheese teama ni memang sedap. Guna dalam 4 keping. Kalau nak guna ni pun boleh, tak perlu guna cream cheese tatura tu.

*original resepi guna akkawi cheese ye, tak guna cream cheese. Tapi saya buat mana yang mudah sahaja.

5.Pukul sampai cheese cair. Kemudian masukkan mozzarella cheese. Kacau-kacau hingga  jadi pekat begini.

6. Kemudian lapiskan dengan pastri hunafa, lapisan  pertama pastri, cheese, pastri lagi. Buat mampat.

7. Panaskan oven dan dalam masa yang sama didihkan air dan masukkan gula. Nak guna gula putih pun boleh. Perahkan ½ biji lemon dan masukkan sedikit air mawar.

8. Apabila oven sudah panas, bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit. Setelah masak, curahkan air gula yang disediakan tadi.

Sedia untuk dinikmati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN