Tiada sebarang petanda yang menunjukkan beliau mempunyai masalah kesihatan, bahkan sentiasa sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Disebabkan beliau sering muntah dan tersedak selepas makan, pelakon yang terkenal dengan watak Pak Selamat dalam Sitkom Spanar Jaya ini kemudiannya mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
Alangkah terkejutnya bila doktor mengesahkan beliau menghidap Kanser Esofagus iaitu kanser di bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut. Lebih memeranjatkan bila dikatakan kanser tersebut sudah berada di tahap 4.
Zaibo, 62 atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abdul Hamid, kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, dia mengakui sukar menerima berita sedih yang menimpa dirinya itu.
“Saya asyik muntah dan tersedak membuatkan saya menjalani pemeriksaan termasuklah CT Scan. Kemudian doktor sahkan saya menghidap kanser Esofagus tahap 4 kerana di dapati merebak ke bahagian perut, paru , hati dan juga bahagian tulang rusuk.
Ads
“Saya kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh. Saya tak boleh makan makanan keras, sebaliknya kena makanan cecair. Jadi saya ambil susu untuk tambah tenaga.
“Sejujurnya, ketika mendapat berita ini memang terkejut dan rasa ‘Down’. Kerana sebelum ini tiada sebarang petanda kerana saya tidak sakit. Saya buat kerja macam biasa kerana tiada sebarang petanda atau tidak sihat sebelum ini. Jadi rasa down dan tiga hari pertama saya berada di dalam bilik tanpa gangguan sesiapa.
Ads
Cuba muhasabah diri, bersedih dulu dan lepas berfikir secara baik, namun ketika itu dia mula terfikir tentang grup whattsapp rakan-rakan sekolah yang sudah lama disertainya.
“Di dalam grup tersebut seorang demi seorang meninggal. Mungkin lepas ini giliran saya. Tetapi mungkin bukan sebab kanser tetapi Tuhan yang tentukan. Sama ada tua atau muda sakit atau sihat, kalau dah sampai masa akan pergi.
Ads
“Lama berfikir, saya kena kuat kerana kasihan tengok isteri dan anak-anak sedih. Lagipun saya sihat, boleh jalani hidup macam biasa. Keluarga saya gembira bila saya gembira. Dalam hal ini doa yang lebih afdal dalam, kita memohon kesembuhan.
“Kita tak tahu doa siapa yang diperkenan Allah SWT dan saya panjatkan syukur dan rakamkan terima kasih yang menyokong saya dari dulu hingga sekarang,” ujar Zaibo lagi.
Sama-sama kita doakan semoga sembuh segera dan dipermudahkan urusan Zaibo dalam menghadapi ujian ini.
Sumber: Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berpantang maut sebelum ajal. Itu mungkin pepatah yang sesuai diungkapkan dengan kisah seorang ibu yang menghidap penyakit Kanser Kalenjar tahap 4.
Kisah ibu ini dikongsikan sendiri oleh anaknya bernama Rady Zara Anggun menerusi laman facebooknya. Menurut beliau, biar mengetahui diri menghidap penyakit yang cukup digeruni, namun berbekalkan semangat dan sentiasa berfikiran positif, akhirnya, ibunya sembuh dari penyakit kanser.
POST INI HANYA UNT BERKONGSI KEGEMBIRAAN KAMI SEKELUARGA.. JUGA BERKONGSI ALTERNATIF YG KAMI GUNAKAN.. TIADA NIAT LAIN… BACALAH DGN POSITIF.. ? CANCER FIGHTER YG KUAT SEMANGAT, XDE SETITIS PUN AIR MATANYA GUGUR… INILAH IBU SAYA, DIALAH IBU DIALAH BAPA…. DIKESAN MENGHIDAP KANSER STAGE 4 PADA DISEMBER 2017.. IBU SAYA X PERNAH TAHU KANSERNYA BERADA DI STAGE 4.. KAMI CUMA BGTAU DI STAGE AWAL..
IBU POSITIF DAN KUAT SEMANGAT
KAMI HANYA BERBISIK KPD DOKTOR DLM BAHASA INGGERIS UNT BERTANYA TNTG STAGE.. MUNGKIN KERANA ITU JUGA IBU JD POSITIF DAN KUAT SEMANGAT UNT MELAWAN KANSER.. SEHARI SLPS DISAHKAN POSITIF, KAMI 9 BERADIK MULA BERTINDAK MENCARI PENAWAR.. DGN USIA 73 TAHUN, MAMPUKAH IBU KAMI SURVIVE? MAMPUKAH DIA BERTAHAN..? ALLAH..KAMI ANAK2 TERASA BTL2 DOWN…KAMI TAKUT KEHILANGAN…
SEMANGAT, SOKONGAN MORAL & REDA
ALHAMDULILLAH!! Selepas 9 bulan rawatan, sokongan moral, pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, cuti tahun, AKHIRNYA SEMALAM 2 OKTOBER 2018, IBU SAYA DISAHKAN BEBAS KANSER..TIADA LG SEL KANSER DIKESAN SLPS SELESAI RAWATAN! MIRACLE! MEMANG BETUL LAH, PENAWAR UTAMA KANSER ADALAH SEMANGAT, SOKONGAN MORAL DAN REDHA…! TERIMA KASIH ALLAH.. TERIMA KASIH ALLAH.. TERIMA KASIH ALLAH… SUJUD SYUKUR KEPADAMU ALLAH…!! ENGKAU MENGUJI KASIH SAYANG KAMI.. ENGKAU MENGUJI UKHWAH KAMI…
FOKUS UNTUK BERUBAT & CARI PENAWAR
Kanser kalenjar/darah/limfoma (boleh jd sama bleh jd berbeza depend on patient) (Angioimmunoblastic T-cell Lymphoma) Dikhabarkan oleh doktor pakar, dlm byk2 limfoma, type ni sgt rare, 10 org dlm sejuta Bermcm2 persoalan.. knp ibu kami?kenapa?kenapa…?? Tapi akhirnya kami redha… unt apa kami mempersoal, mengeluh.. SEDANGKAN ibu kami sgt tenang, redha, xdown, xmenangis…malah kuat semangat!! Hari ini, 1st time sy post tentang kesihatan ibu sy secara terbuka.. Inipun setelah adik bradik bersedia dan sepakat unt berkongsi.. Ini juga bg menjawab persoalan rakan2, jiran2 dan kwn2 ibu sy yg ada dlm ni… Maafkan sy dan adik bradik sy krn sering mengelak dr menjawab pertanyaan semua.. Masa tu kami btl2 xready, buntu, terkejut, kecewa, sedih n mcm2 lg prasaan… Kami juga xnak kesihatan ibu kami menjadi sebutan, bualan dan buah mulut.. Kami x mahu ada aura yg tdk sihat… kami nk fokus unt berubat dan mencari penawar… Hampir setahun ibu tinggalkan kampung halaman, jika ada kematian, kami tpksa rahsiakan.. Jika ada yg nazak, kami rahsiakan jugak… semuanya unt jaga emosi ibu kami semata2.. Panjang perjalanan… Dr Kpj Penang.. ke Kpj Damansara.. ke Kpj Ampang Puteri.. ke Institut Kanser Negara.. Semua tmpat kami pergi.. Sorong ibu ke sana ke mari.. tapi blum bjumpa dgn pakar yg specific.. X putus asa, hasil maklumat rakan2, kami walk in ke Hospital Ampang… Alhamdulillah tempat yg btl.. Pakar yg tepat.. kami dilayan dgn baik..T. kasih seluruh warga Jabatan Haematologi Hospital Ampang.. doktor2 dan nurse2 anda terbaik! Alhamdulilah.. sminggu kmudian hosp call unt mulakan rawatan.. Bermula lah journey kimo ibu… Selain kimo, kami xduduk diam.. Wlupun penawar kanser belum ditemui, kami beli supplement2 tambahan… Sari Agegard Sarimah Signature, Apricot seed, dan rawatan Islam dgn seorang Ustaz.. Semua ini semata2 unt membantu memulihkan ibu kami.. kami dibekalkan surah2 mingguan.. Ibu btl2 kritikal masa tu.. nak buka Al-Quran pun xlarat, jd kami 9 bradik lah buat giliran.. termasuk menantu2 dan cucu2..giliran membaca surah2 setiap hari, tanpa gagal… Ketika diagnose, ibu tersayang dlm keadaan teruk sgt2.. batuk tnpa henti 24jam.. Gatal2 1 badan, berdarah sbb garu.. menangis2 sbb xtahan gatal.. Demam xmenentu.. hilang selera makan… lepastu naik BENJOLAN.. Dari situ lah kami trus bertindak, bwk ibu jalani pemeriksaan… Rasanya sehari slps ibu mengadu, terus kami bawak ibu unt pemeriksaan.. Terus buat biopsi.. 4 hari kmudian kluar result.. ya positif..spt yg kami dah sangka!! Harini ibu kami dah sihat.. dlm proses unt terima kenyataan.. semua masih terkejut! Kami sangka result menunjukkan stage turun dr 4 ke 2 atau 1.. tp sebaliknya.. syukurrrr….
Terima kasih kepada semua… Sahabat sejati IeLa Faziela yg sgt2 menolong ketika ibu kami sakit d kampung Ustaz Shamsul Anwar Mohd Busra yg sentiasa doakan, solat hajat, berdoa d Mekah Haji Nor Hashim yg selalu doakan ketika bermusafir, ketika ke Mekah Roza Ked yg sentiasa doakan dr Mekah Sahabat2 baikku Ellin Bakri Siti Rahayu yg sgt2 memberi sokongan moral Kak Rahida Ghazali yg sentiasa memberikan semangat Adik beradik, ipar duai… Dan ramai lagi yg btl2 memahami dan sentiasa bertanya khabar… Semoga Allah membalas jasa kalian dgn sebaik2 ganjaran… Kami mohon dgn serendah hati kami, tlg trus doakan ibu kami Agar kansernya tdk berulang Agar dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang hayat.. Semoga dipanjangkan umur, hidupnya tenang…berkat.. Bertambah iman dan taqwa dan meninggalnya nnti dlm husnul khotimah… Aminnnn aminnn YRA…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap anak mahukan ibu bapa mereka sentiasa sihat dan berada dalam keadaaan baik. Namun apabila usia semakin meningkat memang tak lepas dari pelbagai penyakit.
Namun sebagai anak haruslah selalu mengambil berat akan masalah kesihatan orang tua. Demikian dengan pelakon Gerak Khas, Abby Abadi yang selalu berkongsi kisah ibu bapanya.
Jika sebelum ini dia memuat naik tentang ayahnya, kali ini Abby bercerita mengenai tahap kesihatan ibunya. Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati netizen.
“Mak… Saya usahakan Mak saya supaya terus solat dan Alhamdullillah, Mak kuat.
“Saya mandikan Mak, bagi makan ubat, inject, insulin, buatkan air, suap makan dan paling penting jagakan solat Mak.
“Saya bagitau Mak, tak dapat buat yang sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga. Sebab itu yang pertama Allah akan tanya nanti Mak. Mak dengar je…
“Dan saya harap Allah kuatkan lagi kefahaman Mak tentang agama. Amin. Sayang Mak sangat!” tulis Abby di ruangan kapsyennya di instagram.
Bagi keluarga yang mempunyai anak autisme, tidak perlu bersedih dan merasa malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling. Sebaliknya anda seharusnya berbangga dengan anugerah Allah SWT ini kerana anak istimewa hanya dianugerahkan kepada ibu bapa yang istimewa.
Itu yang dikongsikan oleh bapa bernama Mohd Nizam Zambri ini. Menurut Nizam, anaknya, Aqiel Haqqu dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain dan tiada apa-apa masalah ketika dilahirkan. Sehinggalah pada usia 3 tahun setengah, Haqqu disahkan menghidap Mild Autism.
“Setiap anak mempunyai kelebihan atau keistimewaan masing-masing. Kami tidak menganggap kekurangan pada Haqqu sebagai penghalang untuk dia menjadi manusia hebat dikalangan mereka yang normal diluar sana. Sekiranya kita asyik menumpukan kepada kekurangan, maka kita tidak akan sedar adanya kelebihan dalam diri mereka.
“Sebab itulah sebagai ibu bapa perlu mengenal pasti kelebihan anak anda dan berusaha mengasah bakat yang mereka ada. Pada masa yang sama, elakkan daripada membuat perbandingan antara anak anda dengan kanak-kanak normal yang lain.
“Anda tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk anak anda dan ia tidak semestinya sama dengan orang lain. Berbalik kepada Haqqu, aktiviti hiking adalah antara senaman/therapy terbaik sekaligus kami sekeluarga membawa dia menikmati alam dan juga keindahan dengan lebih dekat yg dicipta oleh penciptaNYA. Melalui pembacaan, aktiviti ini juga dapat mendisplinkan diri beliau iaitu mengikut segala arahan yg harus dipatuhi ketika mendaki.
Menurut Nizam, anaknya itu telah berjaya menawan 3 gunung sekaligus di Indonesia iaitu Gunung Merbabu (15 Ogos 2018), Gunung Andong (17 Ogos 2018) dan Gunung Prau (18 Ogos 2018).
Dengan suhu paling sejuk 4 celcius ketika catatan di Gunung Merbabu Haqqu berjaya mengharungi keadaan paling tidak selesa yang pernah dia alami setakat ini.
Malah Haqqu antara pendaki cilik yang ditegur dikalangan pendaki2 Indonesia ketika ontrek. Sebelum Haqqu dapat menghabiskan pendakian 3 gunung ini (MERBABU, ANDONG, PRAU) sedikit persiapan/latihan telah pun dilakukan di Malaysia hampir kira kira setahun. Alhamdulillah dia berjaya menawan beberapa gunung dan juga bukit.
HARI 1 – 15 Ogos 2018 (Gunung Merbabu)
“Ketibaan kami di basecamp Gunung Merbabu, disambut dengan keadaan cuaca yg cukup baik. Haqqu ketika itu teruja untuk memulakan perjalanan mendaki. Kelebihan anak autism ini, mereka tidak akan mengenal erti penat ketika waktu berjalan.
“Malah saya dan isteri telah pun ketinggalan jauh dibelakang Haqqu ketika itu. Mujur ada guide yang mengiringi beliau ketika keadaan memerlukan beliau memanjat serta ketika berehat. Setelah hampir 4-5 jam pendakian kami selamat tiba di Merbabu dengan keadaan cuaca sejuk!
“Ketika inilah keadaan yang kurang selesa menyebabkan Haqqu sukar untuk tidur sehingga awal pagi esok. Alhamdulillah kami selamat turun dari Gunung Merbabu dan seterusnya turun ke basecamp untuk persedian pendakian berikut di Gunung Andong,”ujar Nizam.
HARI 3 – 17 Ogos 2018 (Gunung Andong)
Setelah mendapat cukup rehat dan persediaan dibuat, mereka berangkat ke basecamp Gunung Andong pada jam 4 pagi. Setelah selesai segala dokumentasi, Haqqu dengan iringan salah seorang guide telah laju ke hadapan meninggalkan mereka berdua.
“Trek bertangga sepanjang perjalanan ke Gunung Andong ini mengakibatkan kepenatan buat Haqqu dan sesekali kami mendengar suara kepenatan beliau. Jam 8 pagi kami semua selamat sampai ke puncak Gunung Andong dengan ribuan pendaki-pendaki tempatan Indonesia ketika itu.
Sememangnya ini sudah dijangka keadaan sesak pada ketika itu kerana Indonesia menyambut hari kemerdekaannya. Pengalaman bersama2 lebih 3 ribu orang warga Indonesia menyambut hari kebangsaan mereka, 17 Ogos 2018 di puncak Andong sememangnya sesuatu yang menarik yang akan kami kenang! Haqqu juga menjadi tumpuan disini kerana beliau antara segelintir pendaki muda (Malaysia).
HARI 4 – 18 Ogos 2018 (Gunung Prau)
Pendakian bermula pada jam 8 pagi dengan keadaan cuaca baik dari bandar Dieng. Gunung ini antara lokasi pilihan bagi pendaki2 tempatan. Seperti biasa Haqqu akan diiringi oleh guide yang sememangnya sudah cukup akrab sepanjang kami di Indonesia. Dengan keadaan cuaca kadangkala suhu dingin dan cerah, Haqqu sekali lagi berjaya menghabiskan pendakian untuk sampai ke gunung ketiga dan terakhir untuk trip ini.
“Seperti di Gunung Merbabu, keadaan cuaca sejuk melampau pada waktu malam telah mengakibatkan ketidak selesa kepada kami semua. Mujur dengan sedikit persediaan awal sebelum pendakian, kami dan khususnya Haqqu dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam!
“Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat serta guide ontrip ketika menjaga beliau semasa naik dan turun gunung-gunung disana walaupun bahasa yang Haqqu gunakan kadangkala pening nak paham.
“Nasihat saya , jangan malu untuk bawa anak2 istimewa ini beriadah dan seterusnya menyaksikan keindahan dan kebesaranNya. Cuma kecekalan dan ketabahan untuk membawa anak2 ini adalah suatu cabaran yg luar biasa buat kami,”ulas Nizam lagi.
FB: MOHD NIZAM ZAMBARI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dunia seni tanah air hari ini diselubungi rasa duka apabila kehilangan seorang figura hebat dalam industri perfileman tanah air, Datuk Seri Maria Menado, yang...