Terkini: Kes Positif Covid 19 Baharu 7,857 Tertinggi Hari Ini. Take Note!

Share

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Kes positif baharu hari ini (7,857) adalah tertinggi pernah direkodkan.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ketika ini sebanyak 541,224 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi dengan sebanyak 2,675 kes dilaporkan dan ini diikuti Sarawak, 772 kes, dan Kuala Lumpur, 561 kes.

Pelbagai reaksi orang ramai apabila mengetahui apabila kes harian terus meningkat.

Menerusi ciapan di twitter Noor Hisham Abdullah, emosi warganet ramai yang meluahkan rasa sedih. Apatah lagi bimbang situasi kadar jangkitan yang semakin ‘mengganas’.

Apa pun, dinasihati lebih berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketika mengunjungi kawasan tumpuan umum dan juga di tempat kerja.

PECAHAN KES HARIAN 27 MEI 2021

 

 

Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah

IKLAN