Terkini: Siap Sedia PdPR, Pelajar Tidak Perlu Hadir Ke Sekolah Lebih Sebulan.

Share

Akhirnya persoalan terjawab sama ada sekolah diteruskan atau sebaliknya setelah penularan kluster sekolah.

Ekoran penularan itu di beberapa buah negari hingga negeri Selangor hari ini terpaksa menutup 79 buah sekolah akibat pengesan jangkitan covid-19.

Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia semakin matang menghadapi situasi Covid-19, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Jidin telah mengumumkan operasi persekolahan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara di tutup selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei depan.

“Petang tadi saya berkesempatan bertemu pengamal media bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan KPM.”

“Antaranya adalah mengenai cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas cuti perayaan nanti.”

“Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.”

Katanya lagi, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

Tegasnya, dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.

IBU BAPA TARIK NAFAS LEGA

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa syukur dengan keputusan bijak dan tepat pada masanya.

Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin

 

 

IKLAN