Semalam, kesemua calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mengambil keputusan atau melihatnya menerusi atas talian. Dapat dilihat ramai yang berkongsi berita gembira tentang keputusan yang diterima.

Barisan selebriti juga tidak ketinggalan memuatnaik momen ketika menemani anak-anak masing untuk mengambil keputusan.

Antara selebriti yang berkongsi tentang kejayaan anak-anak mereka adalah seperti Rahim Sepahtu, Zarina Zainuddin, Kak KM, Datin Anne Ngasri dan ramai lagi. Malah Dato Hattan juga melahirkan rasa bangga terhadap anak saudaranya serta Merqeen memuatnaik video ketika adiknya melihat keputusan SPM secara atas talian.

Di sebalik kegembiraan calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang, seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Terpengaruh Nak Jadi Influencer, Lebih 10,000 Calon Tak Ambil Peperiksaan SPM Tahun Lepas
Sumber foto: Harian Metro

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.

“Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).

IKLAN

“Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Terpengaruh Nak Jadi Influencer, Lebih 10,000 Calon Tak Ambil Peperiksaan SPM Tahun Lepas
Sumber foto: Harian Metro

Susulan berita tersebut sudah tular, netizen bukan saja meluahkan rasa risau, malah menuduh hal itu berlaku kerana pengaruh influencer di media sosial hingga membuatkan murid sekolah malas mahu mengambil kertas peperiksaan SPM.

Sibuk Nak Jadi Influencer!
Ini kerana, ramai anak muda merasakan tidak penting untuk mengambil SPM kerana menjadi influencer mudah serta ada yang merendah-rendahkan ilmuan kerana tidak mampu hidup mewah seperti pempengaruh media sosial.

IKLAN

Disebabkan itu, ramai ibu bapa menggesa kerajaan mengambil langkah komprehensif untuk membendung isu ini berleluasa kerana bimbang pelapis negara semakin tidak mempunyai kualiti.

Terpengaruh Nak Jadi Influencer, Lebih 10,000 Calon Tak Ambil Peperiksaan SPM Tahun Lepas
Sumber foto: Beautiful Nara

Alangkah sayangnya jika generasi muda sekarang tidak melihat kepentingan pendidikan. Biar apa pun impian yang mhu dikecapi pada masa hadapan, akademik perlu dititikberatkan.

Bukan saja untuk merangka masa depan yang cerah dengan pendidikan tetapi ilmu sangat penting untuk membentuk keperibadian seseorang. Semoga keadaan ini akan berubah dan anak-anak muda akan lebih memandang serius tentang kepentingan untuk belajar.

IKLAN

Sumber: Harian Metro & Beautiful Nara 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI