Apabila bulan puasa, Bazar Ramadan menjadi tempat tumpuan ramai. Pastinya ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menambahkan pendapatan bulan ini.

Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan para peniaga perlu melakukan suntikan vaksinasi Tifoid bagi mencegah penularan penyakit yang tersebar melalui air atau makanan yang tercemar.

Nak tahu lanjut ikuti perkongsian Dr ini.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Kenapa Peniaga Bazar Ramadan Kena Suntikan Vaksinasi Tifoid? 

Test Admin – Patutlah Peniaga Bazar Ramadan Kena Suntikan Vaksinasi Tifoid, Rupanya Ini Sebabnya! oh yeah

IKLAN

Beberapa minggu menjelang Ramadan ni, ramai orang datang ambil suntikan vaksinasi tifoid. Peningkatan ini memang dijangka kerana ia berlaku setiap tahu. Ketika Ramadan, ramai yang mencari rezeki meniaga juadah di bazar Ramadan.

Setiap peniaga yang ingin menyewa tapak di bazar disyaratkan oleh PBT untuk mengambil suntikan vaksinasi tifoid. Jika, tak ada sijil vaksinasi ini, tak boleh sewa tapak. Peniaga kena pastikan semua pekerjanya ada sijil ini. Jika tak ada, akan dikompaun.

Syarat ini tak terhad kepada peniaga makanan di bazar-bazar Ramadan. Ia juga terpakai kepada semua perniagaan yang melibatkan pengendalian makanan, termasuk kafe, restoran, warung, gerai, dapur komersil, kilang dan sebagainya.

1. Mengapa Pekerja Makanan Perlu Vaksin Tifoid?
Mencegah penularan penyakit: Demam tifoid disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi yang tersebar melalui air atau makanan yang tercemar. Pekerja makanan yang mengidap demam tifoid berisiko tinggi menularkan penyakit kepada pelanggan. Vaksin tifoid dapat mengurangkan risiko penularan dan melindungi kesihatan pengguna.

Menjamin keselamatan makanan: Dalam industri makanan, kebersihan dan keselamatan makanan menjadi keutamaan. Vaksinasi tifoid bagi pekerja makanan menjamin bahawa mereka tidak menjadi pembawa penyakit yang boleh membahayakan kesihatan orang lain.
Mempertingkatkan reputasi perniagaan:

IKLAN

Pemberian vaksin tifoid kepada pekerja makanan menunjukkan tanggungjawab perniagaan dalam menjaga kesihatan pelanggan. Ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan dan menambah baik reputasi perniagaan.

2. Apakah Gejala Demam Tifoid?
Gejala demam tifoid biasanya muncul 1 hingga 3 minggu selepas seseorang terdedah kepada bakteria. Gejala yang biasa termasuk:
◼Demam tinggi
◼Sakit kepala
◼Lemah badan atau lesu
◼Sengal otot
◼Batuk kering
◼Kehilangan selera makan
◼Sakit perut
◼Sembelit atau cirit-birit
◼Ruam pada kulit

3. Apakah Rawatan Demam Tifoid?
Demam tifoid boleh dirawat dengan antibiotik. Namun, keberkesanan antibiotik semakin berkurangan disebabkan peningkatan bakteria yang tahan(resistant) terhadap antibiotik. Oleh itu, pencegahan melalui vaksinasi menjadi keutamaan.

Meskipun vaksin tifoid memberikan perlindungan, ia bukan 100% berkesan. Pekerja makanan masih perlu mengamalkan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan makanan untuk mengurangkan risiko penularan demam tifoid.

Peranan sektor perkhidmatan makanan menjadi semakin penting semasa Ramadan, di mana permintaan makanan untuk berbuka puasa meningkat. Diharap para peniaga dan penjaja makanan menjadikan kebersihan dan keselamatan makanan sebagai keutamaan.
Semoga bermanfaat!
Bagaimana persediaan anda menyambut Ramadan kali ini

IKLAN

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Test Admin – Patutlah Peniaga Bazar Ramadan Kena Suntikan Vaksinasi Tifoid, Rupanya Ini Sebabnya! oh yeah

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI