Tiada Anak Yang Semulajadi Nakal. Sehinggalah Mereka Serap Cara Ibu Ayah. Deep!

Share

Sudah tentu setiap ibu bapa inginkan mempunyai anak yang mendengar cakap. Dan sudah tentu bukan mudah untuk memastikan anak-anak menjadi seorang yang baik.

Hakikatnya, cara didikan ibu ayah yang menyebabkan anak memberi respon sebaliknya. Nyata, anak bukanlah nakal secara semulajadi. Ikuti perkongsian oleh Taufiq Razif 

moga menjadi iktibar bersama.

.

Tiada anak yang semulajadi nakal

Fitrah anak itu bersih
Hati mereka asalnya putih

Sehinggalah cara kita respon pada mereka
Membuatkan mereka tersentak dan menyerapnya!

Cara kita REACT dengan kemahuan mereka
Cara kita RESPON dengan tangisan mereka
Cara kita MELAYAN karenah mereka


Cara kita MELAYAN ibunya
Cara kita MELAYAN bapanya
Cara kita MELAYAN adik beradiknya
Cara kita MELAYAN orang di sekelilingnya

Semua itu diserap dan direkod sempurna!

Sampai masanya nanti semuanya akan dihambur dan dipraktikkan pula
Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala

Tanpa kita muhasabah pada diri kita


Tanpa kita selidik kesalahan kita
Tanpa kita perhati GAYA PARENTING kita
Tanpa kita terima ianya datang daripada diri kita!

Mulai saat ini..

Jom tilik hati
Jom tilik diri sendiri

IKLAN