Pernah memiliki kereta dan terbakar, pelakon hebat Fauziah Nawi hanya bergantung pada orang sahaja selama ini untuk bergerak. Tetapi betul kata orang, rezeki tak pernah salah alamat! Fauziah atau lebih mesra digelar ibu bersyukur selepas empat tahun tiada kenderaan untuk bergerak akhirnya dihadiahkan sebiji kereta.

Fauziah menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta sebuah kereta Mitsubishi Xpander.

Terkejut dengan hadiah kereta yang diumumkan pada saat-saat akhir, Fauziah sebak dan terharu apabila doanya selama ini dimakbulkan.

“Selama 50 tahun dalam industri tak pernah saya fikirkan nak dapat anugerah, saya berbesar hati menerima anugerah ini.

“Semua ini untuk anak seni, buat terus. Kita buat kerana kita nak buat, bukan kerana anugerah.

“Sebenarnya, Allah sedang baik dengan saya. Saya tiada kereta dan tidak mampu beli kereta sebab sudah tua.

IKLAN

“Malam ini, Alhamdulillah Allah makbulkan doa miliki kereta..Terima kasih,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Fauziah menerima penghargaan itu di acara terakhir pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) semalam.

Fauziah berbicara lanjut mengenai cabarannya selama empat tahun tidak memliki kenderaan sendiri dan terpaksa bergantung pada jasa baik orang terdekatnya.

“Tiada kereta & Tidak Mampu Beli.. Alhamdulillah Allah Makbulkan Doa” – Fauziah Nawi

IKLAN

Kereta Fauziah jenis Proton Waja sebelum ini terbakar akibat masalah fius dan selepas itu tidak mampu untuk membeli kenderaan lain.

“Sebenarnya kereta saya terbakar empat tahun lalu akibat masalah fius. Sejak itu saya terus patah kaki.

“Saya kemudian bergantung kepada pengurus untuk bawa saya atau anak-anak dan cucu. Kadang-kadang terpaksa tempah GrabCar.

IKLAN

“Saya nak sangat kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan. Nak beli tak mampu dan gak layak nak buat loan’ sebab dah tua.

“Bila dah tak boleh beli tu saya pernah sehingga mengharapkan cabutan bertuah ketika dalam satu acara sebelum ini tapi tiada rezeki.

“Malam ini Allah makbullan doa saya..Memang saya terkejut dan terharu. Sekurang kurangnya bila memliki kereta saya untuk mudahkan pergerakan
harian,” ceritanya lagi.

Sumber : Gempak