Tidak Mahu Roti Terbuang Sebab Expired, Segera Buat Tart Telur Ni Untuk Sarapan Keluarga!

Share

Menyediakan menu sarapan sering kali kita mahukan yang ringkas namun menyelerakan.  Andai setiap hari makan roti bersama mentega mungkin terasa jemu. Namun jika tidak dimakan roti tersebut bimbang juga boleh expired pula jadinya.

Jadi apa perlu buat agar kita tetap juga dapat merasa sarapan yang enak dan dalam masa yang sama roti tidak terbuang begitu sahaja.

Mungkin sajian Tart Telur yang dibuat daripada roti putih ini boleh dicuba. Melihatnya sahaja sudah nampak menyelerakan dan yang paling penting sangatlah mudah disediakan.

Nak tahu resipi dan cara penyediaannya?

Ini telah dikongsikan oleh Anna Rozza via MAHN dan semoga keluarga anda menggemarinya.


Resepi simple tart telur(kulit roti gardenia)

Bahan2
Roti gardenia
Bahan adunan telur
5 biji telur
300gm susu segar
50gm susu pekat
140gm gula ising
1sudu besar tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara masak


1. Ambik roti gardenia dan gelek hingga leper.

 

2. Gunting roti membulat mengikut saiz acuan.

 


3. Tekan kepingan roti ke dalam acuan dan bakar lebih kurang 10minit (agak2 roti tu garing skit,tujuan supaya senang nak masukkan adunan telur kalau tidak dibakar dulu, nanti roti itu akan serap adunan telur.

Untuk menyediakan adunan telur

1. Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.


2. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah di bakar sebentar tadi.

 


3. Bakar kembali sehingga masak. Siap

Ekstra info :

Kena makan panas-panas baru ranggup.

IKLAN