Berpindah ke kediaman baharu tentunya suatu perkara yang menggembirakan hati untuk semua ahli keluarga.
Pun begitu, sebelum berpindah masuk ke rumah baharu diakui pelbagai persiapan perlu dilakukan untuk pastikan kediaman baharu selamat dan selesa untuk dihuni.
Antara perkara asas adalah perlu buat pendawaian elektrik untuk pemasangan lampu dan kipas, memasang geriji besi pada tingkap dan pintu serta perlu juga dipasang tinted pada bahagian kaca tingkap dan pintu. Tentunya, semua ini memerlukan kos yang besar.
Jadi apa kata mana yang boleh kita buat sendiri, lakukan DIY. Sekurang-kurangnya dapat berjimat.
Contohnya kita boleh berjimat dalam hal pemasangan tinted cermin dan cara pemasangan telah dikongsikan oleh saudara Zulfikri ini dan bolehlah dijadikan panduan.
Ads
Survey tanya orang nak upah pasang tinted ni katanya makan kos RM1k lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.
Kos pasang sendiri :
Ads
1. Sticker tinted 5ftx50ft – RM210 kat Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
2. Ais batu – RM1.00
3. Limau Kasturi – 50 sen
Total RM 211.50
Jimat +-RM800.
Ads
Cara Pemasangan
1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yg melekat kat cermin tu.
2. Spray sabun tinted kat cermin. (sabun ada diberi sekali dengan set tinted)
3. Buka lapisan nipis tinted (ni paling mencabar) dan spray lagi sabun atas permukaan yg melekat tu.
4. Lekat dan ejas tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.
5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (ada diberi sekali set tinted tu)
6. Potong lebihan tinted
7. Bancuh teh o ais limau.
Oh ya. Item 2 dan 3 tu gunanya untuk bancuh Teh O Ais Limau waktu berbuka nanti.
Kehadiran zuriat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri, namun bukan semua orang diberikan rezeki awal untuk menimang cahaya mata. Ada yang lepas kahwin terus lekat, ada pula yang terpaksa menanti lama sehinggakan melalui pelbagai rawatan dan ujian demi untuk mendapat anak.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang rider, Muhammad Faris Faizul di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia ini cukup menyentuh hati.
Alhamdulillah rezeki petang tadi..terkejut macam nk melompat dari moto pon ade tadi..terharu dan rasa sedih😥syukur dalam gembira pon ade tadi🤲🏻🤲🏻🤲🏻..sbb x jangka nilai yg diberi sebanyak itu..sbb selalu jugak customer bg tips dalam sampul ni..cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu..🤲🏻🤲🏻🤲🏻..mohon kawan2 rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dgn izin Allah S.W.T..In Sha Allah..
Selepas menghantar makanan kepada pelanggannya, dia terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1,000.
Menerusi screenshot yang dikongsikan, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.
Dia yang tidak menjangkakan nilai tersebut, terkejut apabila membuka sampul berkenaan dan melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1,000 diletakkan di dalamnya.
Menurut Faris, wanita itu yang memberikan tips secara ikhlas meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Nampak menarik juga ye jika di laman rumah kita dipenuhi dengan pokok salad pelbagai jenis. Bukan sahaja kerana kita boleh menikmati hasilnya, malah tidak dinafikan salad mempunyai pelbagai bentuk dan warna.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Linda, di mana sudah bertahun-tahun menanam salad.
Di sini dikongsikan serba sedikit hasil tanamannya dan info berkenaan tanaman salad.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsiannya di sini.
Salad @ Lettuce.
Saya nak share antara Family Salad yang saya biasa tanam selama saya start berkebun bermula tahun 2017. Macam-macam jenis dah biasa lihat dan rasa. Pelbagai jenis cabaran dah lalui..
Satu je prinsip saya, jangan giveup. Bab tanaman ni kena faham cara dan perangai pokok. Satu je… Salad sukakan matahari. Tapi.. kena betul-betul stabil, boleh terus fullsun sampai besar. Baja, siram dan kawalan serangga kena konsisten.
Benih Salad
Benih salad, cepat rosak. Walaupun kita simpan dlm peti sejuk bahagian sayur. Sekali beli benih, memang tak boleh simpan lama sebab memang begitu sifatnya.
*Best boleh lihat pelbagai jenis tanaman, terutamanya yang ‘rare’. Rasa pun berbeza…
1. Red Lettuce @ Salad Kerinting Merah
2. Butterhead Lettuce, yang terbaru ada dilaman sekarang.
3. King Endive Lettuce. Daunnya agaknkenyal tapi paling cantik.
4. Red Veined Sorrel. Rasa agak unik sebab ada rasa sedikit masam.
6. Salad Thai. Salad ni rasa sama macam salad yang biasa jumpa dipasaran.
7. Garland. Salad ini ada rasa pahit, tapi mild sahaja.
8. Red Salad Bowl
9. Arugula @ Salad Roket. Sedap baunya tapi pahit sedikit.
10. Green and Red Lettuce @ Salad Merah dan Hijau Kerinting.
Ekstra info
Saya ubah peringkat usia begini. Selalunya lebih dari 2 minggu. Anak-anak sangat stabil untuk terus hidup untuk terus fullsun.
Saya guna peatmoss. Media terbaik untuk semaian. Cocopeat pun ok, tapi kena pandai timing masa bila nak letak baja sebab media semaian tak ada apa-apa baja.
Sumber : Linda Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penjagaan kesihatan tubuh badan amat penting bagi semua individu, apatah lagi semakin meningkat usia semakin berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Pastinya kita tidak mahu tubuh badan yang luarannya nampak sihat namun tiba-tiba rebah dek kerana serangan jantung, strok dan sebagainya.
Berkongsi tentang pengambilan makanan yang sihat, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan dan juga Blogger, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat sangat penting dalam membantu tubuh badan seseorang itu lebih sihat dan sekali gus dapat mengurangkan risiko serangan jantung yang boleh menjadi penyebab kematian mengejut.
Turut dikongsikan juga di instagramnya berkenaan pemakanan sihat yang diamalkan olehnya setelah memasuki umur 40an dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita semua. Ini perkongsiannya.
Sarapan Minyak Zaitun & Air Kopi Stevia
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya memang malas sebab perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja-kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Puasa 15 Jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yang makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Kurangkan Makan
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam-macam cerita kawan-kawan.
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang sergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi.
Berhati-hati Pilih Makanan
Maka saya memang berhati-hati dengan makanan yang ada terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-sayuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas.
Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520