Kurangkan Haba Dalam Kereta Cara Pantas, Anak Pasti Tak Merungut Panas Lagi!

Share

Satu yang menjadi hal bagi kita adalah ketika meletakkan kereta di tempat yang panas. Haba bahang pastinya akan melambatkan proses mengejukkan kereta. Ketika inilah anak-anak mula menangis kepanasan dan merungut-rungut.

Kebiasaannya sebaik membuka enjin kereta, kita akan membuka tingkap seluas-luasnya bagi menghilangkan haba ini. Jika anda tahu dua cara ini pasti masalah akan dapat diatasi dengan segera.

Dua cara ini anda kena tahu agar kereta kurang habanya, malah lebih cepat sejuk.  Jom amalkan dua langkah ini.

1. Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.

Waktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta supaya pengudaraan kereta beredar hanya dalam kereta sahaja dan kekalkan udara sejuk. Rasanya semua orang lakukan semua ni bukan?

 

 

2 Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.

Ketika parking kereta, buka flap aircond tadi. Jadi, udara panas tidak akan terperap di dalam kereta dan membuatkan kereta berbahang. Itulah tujuan flap aircond.

Kena cuba hari ni !

Sumber: Petua Ibu

 

IKLAN