Makan

Tip Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama, Tak Adalah Santan ‘Masam’ Lepas Diperah

Share

Kelapa parut memang banyak kegunaannya untuk masakan. Yang menjadi masalah adalah cara penyimpanan kepala parut itu. Jika tersalah cara simpannya, kelapa parut akan mudah rosak.

Tip Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

Mak-mak biasanya membeli kelapa parut dalam jumlah yang banyak supaya mudah untuk digunakan. Jika anda mahu kelapa parut itu kekal lama, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ani Zam. Cara ini mampu menjadikan kelapa parut kekal tahan sehingga tiga bulan.

Tak Adalah Santan ‘Masam’ Lepas Diperah

CARA SIMPAN KELAPA PARUT SUPAYA KEKAL LAMA:

1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.

2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagar agen yang bertindak sebagai anti pereputan.

3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.

4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.

5. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.

6. Kukus semula bila hendak menggunakannya.

Kelapa parut boleh bertahan sehingga dua atau tiga bulan. Untuk mendapatkan santan yang pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Kelapa tersebut boleh dikisar sehingga tiga kali untuk mendapatkan santan yang pekat.

Kredit: Ani Zam 

IKLAN