Topping Kek Guna Karemel Susu, Chef Ni Kongsikan Teknik Buat Guna Rice Cooker!

Share

Melihat kek atau cupcake bila siap dihias bersama topping yang terlihat seakan-akan meleleh memang berjaya menggambarkan rasanya yang enak dan lazat.

Begitu juga jika dihias menggunakan susu karemal yang mempunyai warna keemasan dan rasa lemak manis. Boleh membuatkan anak-anak terutamanya teruja untuk menikmati kek yang disiapkan oleh ibu tercinta.

Tahukah anda, sebenarnya ada dua teknik untuk hasilkan karemel susu ini yang dikongsikan oleh Chef Fauzi Karim dengan teknik yang cukup mudah. Jom semak!

2 teknik membuat Dulce De Leche (Karemel Susu)

Cara Pertama

Bahan-bahan:
1 tin Susu Pekat Manis
Air untuk merebus

1. Dengan menggunakan api kecil masukkan air ke dalam periuk.


2. Buang label pada tin susu pekat manis


3. Masukkan tin susu pekat manis (tanpa membuka tin tersebut)
4. Rebus selama 2.30minit – 3jam


5. Sejukkan pada suhu bilik
Sedia digunakan.

Nota:
Cara selamat merebus tin susu ni adalah dengan cara merebus menggunakan rice coocker.

Nota:
Pastikan air tidak kering semasa proses merebus dilakukan.

Cara ke-2

Bahan-bahan:
150gm Gula Pasir
500gm Susu segar / Full Cream
1tsp Vanilla

Cara-cara:

  1. Masukkan gula dan susu ke dalam periuk.
  2. Dengan menggunakan api yang kecil, kacau hingga bertukar warna perang dan pekat (45minit – 1jam 30minit bergantung pada kekuatan api dapur gas masing-masing)
  3. Alihkan dari dapur dan masukkan perisa vanilla. Kacau sebati.
    Sejukkan pada suhu bilik dan masukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.

Apa rasanya?
Manis dan rasa karemel terlebih susu.

Digunakan untuk apa?
1. Sebagai bahan pemanis gantian atau tambahan dalam kek / kuih / biskut / roti dan sebagainya
2. Sebagai topping dan deco untuk kek / cupcake / roti / biskut dan sebagainya

Sumber : Fauzi Karim

IKLAN