“Tradisi Dari Turun- Temurun.” Ibu Ni Kongsi Cara Rare Ikat Peti Sejuk Elak Anak ‘ Terlupa’ Sedang Berpuasa

Share

Ramadan menjengah kembali, pastinya bulan mulia ini disambut penuh kesyukuran, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik yang kian pulih kini.

Bagi yang memiliki anak-anak kecil, ada cara tersendiri untuk memastikan mereka berpuasa dengan baik. Ada yang boleh bertahan sehingga petang manakala tak kurang yang separuh hari.

Bagi ibu bernama Shaeriani A Hamat,dia punya cara ‘unik’ untuk mengelakkan anak-anak  terlupa sedang berpuasa sehingga makan atau minum di dapur.

First day… alhamdulilah diberi kenikmatan bertemu RAMADHAN lagi…

Tradisi dari turun temurun …..ikat peti. Bimbang ada yg ‘TERLUPA’ nanti…..Lebih baik mama berjaga jaga..(6 yg puasa).

“Sebab anak 6 puasa tinggal yang kecil tidak sebab baru berumur setahun setengah.

“Kalau tak buat demikian, susah nak kawal. Sebab dah kebiasaan anak mmg selalu bukak cari air atau makanan.

“Jadi untuk elakkan terlupa minum jadi kita akan buat ikatan bila nk bukak automatik akan terlintas di fikiran kenaapa mama ikat. Ada 3 ikatan yang Saya buat. Tetapi kadang-kadang bukan anak-anak je lupa, mak ayah pun sama” ujarnya lagi.

Memiliki tujuh anak perempuannya, pastinya setiap seorang punya karenah perangai masing-masing. Namun akui ibu ini, anak-anaknya sangat mudah diajar berpuasa.

Umur 4 tahun dah start didik ..yang paling penting saya akan bangun pagi2 untuk masak makanan mereka panas2 sebab kalau bersahur dia orang akan bersemangat untuk makan.

Semua wajib bersahur dr hari pertama sampai last puasa. Semua mesti makan sebab saya tak nak bila bersekolah diaorang x larat untuk belajar.

“Bila kakak kakak semua puasa adik  tak akan buka. Stok makanan pun saya akan sembunyikan dari pandangan mereka. Semua di simpan dalam almari. Yang penting pastikan anak bersahur,” jelasnya lagi.

Ditanya persiapan raya, jelas Shareani segalanya sudah tersedia untuk anak-anak.

Saya ni jenis yg x suka shopping lagi2 tempat yg ramai org ..bukan apa sebab anak ramai takut hilang ke apa…so far , lau raya sebelom ni saya akan buat persiapan awal contoh adik kawin baru ni, saya dah beli baju dan saya akan pakai pulak..sebab baju kurung atau gaun ni jarang2 jer pakai jd lau simpan jer membazir saja.

“Saya lebih suka beli baju pun lebih besar kerana boleh lama pakai. Setakat ini mama yang Akan memilih tema warna.

Tetapi biasanya bab tema color memang saya akan ‘meeting ‘ dengan anak-anak.Salam ramadan dari kami 7 puteri muslimah..

IKLAN