Siapa sangka masalah kemiskinan yang dialami keluarga B40 menyebabkan ramai yang terpaksa membuat pilihan sama ada untuk mengisi perut atau membeli barangan keperluan lain.

Sering kali, barangan keperluan asas wanita seperti tuala wanita berada di tempat terakhir dalam senarai barang keutamaan.

Ia terjadi disebabkan masalah kewangan dalam keluarga yang terkesan menyebabkan ramai wanita dan remaja tidak dapat menguruskan proses menstruasi dengan sebaiknya.

Cakna hal ini, inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma yang dimulakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sekiranya berjaya, pemberian itu boleh diperluaskan ke fasiliti kesihatan yang strategik dan membabitkan orang awam.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

IKLAN

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

“Saya mengambil maklum di atas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai mengenai kenyataan saya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM.

“Inisiatif ini mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid, apatah lagi ia sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita.”

 

 

 

IKLAN

Semalam, Dr Zaliha mengumumkan KKM bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini.

Sebagai permulaan, katanya inisiatif itu akan mula dilaksanakan di Pejabat Menteri di KKM dalam masa terdekat.

Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi yang memuji usaha itu. Namun, wujud juga kritikan termasuk Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mempertikaikan kewajaran kerajaan memulakan program pemberian tuala wanita percuma di tandas Pejabat Menteri Kesihatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, mereka yang memerlukan tuala wanita ialah golongan wanita tidak berkemampuan bukannya yang bekerja di Pejabat Menteri Kesihatan.

Sumber: Harian Metro

IKLAN

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Tuala Wanita Percuma, Nampak Kecil Tapi Impak Besar.” – Dr Zaliha

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI