Tuan Rumah Terguris Terima ‘Salam Kaut’ Berisi Tisu, Netizen Pula Cuba Bersangka Baik Dengan Tetamu!

Share

Tentunya cuti hujung tahun yang lalu ramai antara kita menghadiri majlis kenduri kahwin. Umumnya, dalam majlis perkahwinan akan ada ada pemberian duit salam kaut, iaitu duit pemberian ikhlas tetamu yang diundang kepada tuan rumah.

Pun begitu dengan kekerapan menghadiri majlis kahwin yang diadakan, timbul juga beberapa persoalan tentang berapakah yang ‘wajar’ bagi wang ‘salam kaut’ harus diberikan?

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

 

Meskipun tiada nilai tetap untuk dimasukkan ke dalam sampul tersebut, lazimnya tetamu faham sendiri untuk meletakkan sejumlah wang bagi tujuan untuk membantu meringankan sedikit kos yang ditanggung oleh tuan rumah. Barangkali dengan melatakkan RM10-RM20, atau pun RM5 dirasakan paling wajar.

Namun lain pula kisahnya yang terjadi pada seorang individu ini selaku tuan rumah apabila membuka isi sampul yang diperolehi daripada salah seorang tetamu yang bertandang di majlis perkahwinan, bukan wang yang diisi tetapi lipatan tisu semata-mata.

Jelasnya lagi, memang sebagai peganjur majlis tidaklah mengharapkan apa-apa daripada tetamu. Namun perbuatan tetamu seperti dengan memasukkan tisu tandas ke dalam sampul, ujarnya membuatkan hatinya terguris.

Berbalik pada tujuan kita undang tetamu untuk apa… Adakah untuk jamu tetamu atau mengharapkan pulangan-Netizen

 

 

 

 

Menjengah di ruangan komen , rata-rata warganet melihat daripada sisi positif dengan bersangka baik walaupun ada sebahagiannya  turut berasa kecewa dengan tindakan tetamu tersebut.

Arwah abah aku pon pernah dapat macam ni. Berbalik pd tujuan kita mengundang tetamu untuk apa. Adakah untuk menjamu tetamu atau mengharap pulangan.

Pernah dapat camni. Kami gelak je. Takda apa sangat la. Bukan semua berduit. Niat sedekah insyallah rezeki bertambah 😇😇

bersangka baik jer awak,maybe dye xde duit waktu tu,nk salam kosong takut malu..maafkan dia ya

pnh kena mse mjlis kwen,salam keruk..jmpe tisu n kad kwen blik simpan dlm smpul..tula x bgi pn xpe kot,just mkn jla..

 

Sumber : uncle_susu

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

IKLAN