Tudung Ada Kesan Makeup, Cuci Sahaja Dengan 2 Campuran Ni!

Share

Bagi ibu-ibu yang berhijab mesti semahunya ingin menjaga selendang atau tudung yang dibeli dengan sebaik mungkin. Maklumlah bukan seringgit dua harganya, malah ada yang mencecah ratusan ringgit nilainya. Jadi tidak hairanlah, penjagaan selendang diberi perhatian. Dicuci bersih secara berasingan dan setelah kering digantung rapi di dalam almari.

Pun begitu, perasan atau tidak dalam penuh hati-hati orang perempuan menjaga setiap koleksi tudung yang dimilikinya, pasti akan ada kesan makeup dan bekas-bekas minyak di bahagian tertentu.

Ini memang tidak dapat dielakkan, tambah-tambah lagi jika anda sering kali mengenakan makeup yang tebal.  Biar dicuci berkali-kali, bekas-bekas minyak tetap tidak akan hilang. Tambah-tambah lagi bila cuaca panas, lagi lah senang berpeluh dan habis tinggal tompok-tompok dari minyak makeup

melekat di selendang.

Namun dengan perkongsian daripada Tyma Sadini, bolehlah ibu-ibu menarik nafaz lega. Apabila menggabungkan dua bahan utama ini, hasilnya cukup hebat berkuasa menanggalkan kesan kotoran yang selama ini begitu payah untuk dihilangkan. Jom semak bagaimana caranya.

Tip Hilangkan Kotaran Makeup Di Tudung.


1) Masukkan tudung ke dalam baldi dan letakkan bahan pencuci yang biasa anda gunakan.

 


2)Kemudian masukkan air dan campurkan sekali bedak (tidak kira jenama). Gosok dengan lembut dan bilas bersih.

Cara ini bukan sahaja mudah dilakukan dan apa yang pasti, cukup berkesan untuk menanggalkan kesan makeup pada selendang.

Selamat mencuba!

Sumber : Tyma Sadini

 

 

IKLAN