Dalam tempoh PKP ini tugas menjadi ibu bapa pastinya mencabar. Lebih lagi apabila perlu menguruskan anak yang mengikuti pembelajaran atas talian di rumah (PdPR).

Bagi mereka yang bekerja di rumah atau di pejabat tentu sukar untuk memantau anak-anak. Apa yang perlu, memastikan segala makan minum dan kelengkapan siap sedia sebelum kelas bermula.

Memang struggle! Begitu juga yang dilalui oleh pelakon dan juga isteri kepada pelawak dan pengacara, Johan iaitu Rozlinawaty Ismail atau lebih dikenali sebagai Ozlyn.

Menerusi perkongsiannya baru-baru ini, beliau berkongsi mengenai cabarannya termasuk bangun seawal lima pagi dan selanjutnya tidur lewat. Biarpun mempunyai pembantu, beliau lebih gemar melakukan sendiri termasuk memasak, menguruskan anak-anak.

 

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

CABARAN BUAT IBU AYAH 

“Tugas Ibu Tak Akan Habis…” Ozlyn Bangun 5 Pagi Urus Rumah Juga Anak PdPR, Raih Perhatian Warganet.

IKLAN

Ramai parents ckp online class ni mmg betul2 struggle.. mane nak cekau ipad pd yg anak ramai.. mane nak kejar masa sorg anak nk itu sorg anak nk ini.. pada yg bekerja atau yg x bekerja sama je penat dia.. sb aku melalui dua masa.. bila x shoot dgn bila shtg.. dan mak2 yg akan paling penat.. sb kita la yg paling awal bgn dan yg paling akhir tdo.. mcm aku seawal 5am bgn dan aku jugak yg paling lewat tdo setelah aku pastikan semua pintu dh berkunci, anak2 dh tdo, beg skolah dh tersedia, brg masak utk bekal n breakfast dh ready utk mudah aku masak esok pagi.. masa atas katil pun kepala masih lg berlegar2 fikir ada ke benda yg termiss?..

TUGAS IBU MEMANG TAK PERNAH HABIS

IKLAN

Sama jugak kalau hari aku bekerja.. aku xkan tinggal umah dgn xde lauk lunch.. pastu breakfast kt umah lain, bekal sekolah menu lain dan lunch menu lain.. x ke pecah otak hari2 nak mikir.. pukul 8am bergegas g kerja.. balik mlm masih lg menguruskan hal umah.. kdg kt tmpt keje pon dok call umah tanya laki.. semua ok ke?? Anak dh makan ke? Baju i basuh dh keringkan.. tlg check maid dh lipat n gosok ke.. masyaAllah.. tugas ibu xkan pernah habis.. aku x pernah pandang rendah pada kaum ibu.. ibu2 semua hebat dgn cara memsg.. sape yg dpt suami jenis pandai bantu or ringan tulang Alhamdulillah pd yg tidak .. heloo encik suami.. meh tlg picit badan kami sat.

DIDIK ANAK TENTANG SOLAT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Sumber: jozlynnhanania

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI