Tular Di Media Sosial ‘Skala Gred SPM’ 2020 & KPM Sahkan Itu Adalah Bukan Milik KPM!

Share

Setelah pengumuman keputusan SPM dibuat, tular pula di facebook satu tangkap layar yang memaparkan jadual yang kononnya merupakan skala gred bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020.

Dalam pada yang sama dikatakan individu yang memuat naik gambar jadual  tersebut dengan kepsyen “Patut aku pelik budak-budak sekarang berderet A” diikuti “#bilasekolahdipolitikkan”

Gambar jadual tersebut telah tersebar di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi awam berkenaan keputusan pelajar-pelajar tersebut. Bagaimana pun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengesahkan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut bukan milik Lembaga Peperiksaan.

Menurusi kenyataan media tersebut, KPM memaklumkan bahawa skla gred tersebut seolah-olah ianya adalah gred permarkahan sebenar SPM tahun 2020 serta boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon SPM 2020.

Tegas KPM lagi, hantaran tersebut telah mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara serta menggugat ketenteraman awam.

Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat pada 10.31 malam tadi (semalam), selain laparan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasan selanjutnya.

Sumber : KPM 

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN