Bila anak-anak diuji dengan kesakitan, tentunya hati kita sebagai ibu dan ayah tidak mampu menanggung kesedihannya. Apatah lagi jika penyakit yang dialami adalah jenis penyakit serius seperti kanser, seakan satu tamparan hebat yang cukup berat untuk diterima.

Hakikatnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah yang dapat gambarkan bila baru-baru ini viral di media sosial memaparkan video seorang kanak-kanak bernama Adam Hadid, 3 tahun 4 bulan yang disahkan menghidap kanser Ganglioneuroblastoma tahap 4.

Isi kandungan video yang dikongsikan di akaun fb Adam Hadid The Ganglioneuroblastoma Warrior  cukup menyentuh hati, memaparkan keadaan terkini Adam yang lemah di atas katil berbeza sungguh keadaannya semasa masih sihat yang lincah dan aktif.

“Ubat Ni Sahaja RM500,000…” Ibu Ni Usahakan Demi Anak Kembali Pulih Dari Kanser!

“Tak pernah terlintas di fikiran Adam yang aktif, lincah, bergelak ketawa, kelihatan kuat bertenaga disahkan menghidapi kanser ganglioneuroblastoma tahap 4 pada akhir Februari 2022.

“Ubat Ni Sahaja RM500,000…” Ibu Ni Usahakan Demi Anak Kembali Pulih Dari Kanser!

“Kini Adam masih menjalani rawatan di hospital tunku azizah (HTA). Dijangkakan pada November tahun ini (2022), Adam perlu menjalani rawatan penting iaitu immunotherapy (qarziba) bagi rawatan kansernya.

“Ubat ini sahaja menelan belanja RM500,000 tidak termasuk kos rawatan yang lain. Jumlah yang besar ini adalah memerlukan sokongan dari orang ramai. Oleh itu, kami ingin memohon sumbangan bagi menampung membeli ubat Qarziba yang diperlukan oleh Adam. Diharapkan dengan rawatan ini dan doa semua, Adam akan kembali sihat seperti dulu.

Menurut ibunya, “Jumlah RM500,000 ini bukanlah kos keseluruhan rawatan, tetapi merupakan harga sejenis ubat bernama Qarziba(Dinuxtiximab Beta). Malah, keluarga Adam sendiri sudah mengeluarkan puluhan ribu untuk kos rawatan Adam yang lain seperti kemoterapi dan pembedahan.

“Ubat Qarziba ini baru sahaja di pakai di Malaysia dan sememangnya khusus untuk jenis kanser ini sahaja. Dengan penggunaan ubat ini, secara statistiknya ia mampu meningkatkan tahap survival rate Adam. Ubat ini perlu dibeli pada bulan November 2022.

“Segala sumbangan dan bantuan amat kami alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah membalas dgn rezeki yang melimpah luah dan diberi kesihatan yang baik. Sumbangan boleh diberi seperti maklumat di bawah.”jelasnya panjang lebar.

IKLAN

Jadi buat anda yang ingin menyumbang bolehlah salurkan bantuan anda bagi meringankan beban yang ditanggung adik Adam. Semoga dengan pertolongan kecil daripada kita semua memberi makna yang begitu besar buat mereka sekeluarga.

564098532103 (Maybank)

Aniq Ekmal Dolfatah

No. telefon: 0176852197

7601513352 (CIMB)

Khuzaima binti Dolfatah

No tel: 0176820026

IKLAN

“Hospital ni dah macam Rumah Kedua”

Terdahulu Adam sudah melakukan pembedahan pembuangan tumor kanser dan malangnya buah pinggang kiri Adam tak dapat diselamatkan. Kini Adam hanya ada sebelah buah pinggang untuk terus bergantung hidup.

“Ubat Ni Sahaja RM500,000…” Ibu Ni Usahakan Demi Anak Kembali Pulih Dari Kanser!

Tambah ibunya lagi, “Adam menjalani 8 kitaran Kemoterapi. Setiap kitaran selang 11 hari. Jadi sepanjang bulan April sampailah bulan Julai Adam banyak menghabiskan keluar masuk hospital untuk menjalani rawatan Kemoterapi dan rawatan harian. Hospital ni dah mcm rumah kedua dah untuk Adam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak henti-henti mendoakan kesembuhan buat Adam. Semoga adik Adam terus kuat untuk melawan kanser dan kembali dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

“Ubat Ni Sahaja RM500,000…” Ibu Ni Usahakan Demi Anak Kembali Pulih Dari Kanser!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

“Ubat Ni Sahaja RM500,000…” Ibu Ni Usahakan Demi Anak Kembali Pulih Dari Kanser!

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI