Ubi Kayu Buat Goreng? Resipi Legend Ubi Yang Direbus Dan Diperap Rempah, Bikin Netizen Nak Cuba Masak!

Share

Ubi kayu antara makanan yang popular bagi masyarakat kampung. Malah ia tanaman ini juga terkenal dengan sejarah kemerdekaan yang dikaitkan dengan ‘semangat ubi kayu.

Ubi kayu ini enak di makan sama ada cara rebus, dibuat sira atau dijadikan kuih. Malah ada juga yang memasak cara mengoreng. 

Nak tahu cara masak ubi kayu cara goreng, jom ikuti resipi legend ini yang disediakan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Dekat rumah mak saya, kalau dia kata “Long, ada ubi goreng dekat dapur! Jamahlah sikit.” maknanya ada ubi rebus yang diperap rempah dan kemudiannya digoreng. Pernah cuba? Nak tahu resepi dia?

Ubi Rebus Goreng Berempah 

Bahan-bahan: 4-6 orang makan
2 batang ubi (macam dalam gambar)
6 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. 

Beberapa batang ubi kayu

Di Johor benda ini dipanggil ubi, singkatan kepada ubi kayu. Tempat lain, mungkin ubi tu merujuk kepada ubi kentang. Janga silap. OK, kupas kulit ubi kayu dan potong lebih kurang 4 inci.

Sementara tubggu ubi empuk, kita sediakan perapan yang digunakan untuk beri rasa lebih nikmat kepada ubi kita nanti. Hiris bawang merah ros dan bawang putih. Biji ketumbar kita tumbuk

Tumbuk pakai lesung. Letak garam secubit dua. Serbuk kunyit masuk sekali! Mohon jangan gunakan serbuk ketumbar, kerana ubi kita akan jadi gelap. Tak cantik.

Nampaknya ubi kita dah empuk. Nasib baik air tak kering semasa kita sedap menumbuk tadi. Kalau kering, alamat ubi kayu kita jadi kayu arang. Kenapa nak kena rebus dulu?

Sebab ubi rebus lebih menyerap rempah. Ubi rebus tu kita tos, rehatkan sekejap biar sejuk dan dipotong 4. Jangan kecil sangat. Ubi ni dah empuk kalau potong kecil, nanti dia mudah berderai.

Kemudian, campurkan bawang merah, bawang putih dan bumbu tumbuk tadi ke atas ubi. Kemudian, gaulkan semua bahan ni dengan tangan. Biar tangan kuning tak apa. Jangan otak kuning.

Bolehlah ni. OK biar ubi ni diperap dalam 10-20 minit. Biar ubi serap sikit rasa rempah tu. Sebenarnya, kalau kau orang nak ubi ni pedas pun boleh. Letak serbuk cili sikit.

Dah perap, maka masa untuk menggoreng! Gunakan api yang kuat. Goreng sampai ubi jadi keemasan, dan bawang jadi rangup! Oleh kerana ubi ni dah rebus, tak risau dia keras.

Lebih kurang macam ni! Saya jamin, luar rangup, tapi dalam empuk berlemak. Siap ada bau harum bawang goreng dan ketumbar. Peh! Jap kita hidang jap!

Itu dia! Tengok bawang goreng tu! Itu pelaris tu. Kadang-kadang berebut dengan orang rumah! Tak percaya? Cubalah buat dulu!

 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

IKLAN