Kejadian yang tidak sangka berlaku dalam rumah apabila haiwan berbisa ular masuk dalam bilik.

Perkongsian yang dipaparkan menerusi facebook milik puan Izz Zafirah Aisyah dijadikan iktibar agar kita berhati-hati.

Dia turut menyatakan kronologi ular masuk dalam bilik airnya sehingga haiwan itu ditangkap oleh  Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Ikuti perkongsian beliau.

Ular masuk dalam bilik air
Masa mula kita nampak pukul 5 pagi masa nak buang air kecil dia dalam mangkuk tandas. Sementara lari nak panggil suami dia msuk balik. Suami kata mungkin hayalan mata je.

Ular Masuk Bilik Air, Wanita Ini Beri Peringatan, Siap Ada Panduan JPAM.

Tapi kita yakin memang betul ular.
1. Suami call. Jiran sebelah jumpa ular ni dlm bilik air dia. Macam biasa baru nak tangkap dia masuk dlm lubang tandas lagi. Suami kata betul apa yang saya nampak. Memang ular.

IKLAN

2. Esok nya kita nak buang air kecil dekat tandas bilik kita. Tetiba lubang air terbukak. Kita pelik kenape boleh terbukak sebab anak2 tak masuk bilik air tu. Kita diam lagi. Malam pukul 2 pagi kita nak buang air kita dengar bunyi lubang tertutup tapi masih tak nampak ular.

Ular Masuk Bilik Air, Wanita Ini Beri Peringatan, Siap Ada Panduan JPAM.

3. Pagi tu masa tengah gosok gigi sekali kita tengok kat sebelah kaki jarak sejengkal kepala ular. Melompat kita panggil suami. Call kawan (suami dia bomba) tanya boleh call ke kalau ular tunjuk kepala je. Katanya tak boleh sebab ular akan masuk balik. Dia just suruh siram air panas. So suami siram air panas. Sejak tu lubang air dalam tandas hempap dgn batu.

4. Lubang tandas dalam bilik air depan hembab batu. Mangkuk tandas penutup hempap dgn baldi air. Tandas dapur lak lubang air hempap dengan baldi mop dan lubang tandas dengan botol berisi air 2liter.

Ular Masuk Bilik Air, Wanita Ini Beri Peringatan, Siap Ada Panduan JPAM.

IKLAN

5. Seminggu berlalu dan nak jadikan cerita malam tadi suami pergi mengaji dia tak hempapkan botol air. Dia biarkan sahaja. Saya dan 2 anak tido kat bilik depan. Bila dia balik nak masuk tandas sekali ular ada atas pelapik tandas (seperti di gambar) ular tu nampak suami tu yg lg aktif turun ke lantai.

6. Saya call JPAM sementara menunggu JPAM sampai ular dah keluar dari tandas dan ke dapur. Akhirnya dapat tangkap juga. Alhamdulillah. Pangjang ular tu dalam 5kaki tapi agak kurus, mungkin dia tengah lapar.

Ular Masuk Bilik Air, Wanita Ini Beri Peringatan, Siap Ada Panduan JPAM.

IKLAN

Pesanan dari JPAM untuk semua
1. Tutup semua lubang tandas atau lubang air dalam bilik air (kalau boleh hempap benda berat)
2. Sebelum guna tandas pam dlu. Baru buka pelapik tandas.
3. Lepas guna tuttp dan hempap dengan benda berat.
4. Pintu bilik air jangan bagi terbukak.

Sumber: Izz Zafirah Aisyah

Ular Masuk Bilik Air, Wanita Ini Beri Peringatan, Siap Ada Panduan JPAM.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Ular Masuk Bilik Air, Wanita Ini Beri Peringatan, Siap Ada Panduan JPAM.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI