Untuk Kelas Online, Ibu Hadiah Anak Gajet Tapi Pantau Guna Aplikasi ‘Family Link’. Ini Caranya!

Share

Pada 20 Januari lalu, sesi persekolah telah ditangguhkan ekoran kes positif covid-19 semakin meningkat.

Pelaksanaan pembelajaran PdPR di rumah menjadikan inisiatif agar anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Sebagai ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak. Bagi yang berkemampuan akan membeli perkakasan gajet seperti telefon atau laptop bagi memudahkan PdPR di rumah.

Begitu yang dilakukan oleh ibu ini yang memberikan hadiah telefon buat anaknya. Namun bagi mengelak sebarang pengaruh sosial lain di media sosial beliau menggunakan applikasi  “Family Link” untuk memantau penggunaan internet anaknya.

Cara yang harus ibu bapa praktikkan bagi memantau anak-anak.

Hadiah Untuk Kakak.

Sempena PKP dan Sekolah secara online dirumah akan bermula esok 20hb, Ibu dan Abah hadiahkan handphone pada Kakak.

Tetapi tetap ada terma syarat nya dan pantauan dari Ibu Abah. Salah satu cara nak pantau adalah menggunakan Apps “Family Link” seperti gambar dibawah.

Ibu Abah bagi handphone supaya Kakak yang darjah 5 tahun ni mudah nak belajar nanti.
.

Bagusnya apps ni setiap apa yang anak nak install apps perlu APPROVED dari Ibu Abah dulu.

Ibu Ayah yang lain boleh guna apps ni juga.
.

Semoga dengan gajet gajet ni menambahkan kebaikan lagi pada anak-anak Kita.
.

Cuma Ibu terpikir waktu PKP memerlukan belajar secara ONLINE ni, macamana lah keadaan Ibu Ayah yang ada anak ramai yang bersekolah? 4-5 orang jenuh nak kena ada handphone / laptop masing-masing?

CARA SETTING APLIKASI INI.

Sebelum install Apps Google Family Link ni di ke2 handphone Parent dan Child, perlu register email Google di Handphone Anak menggunakan email anak.
Supaya Google boleh kesan yang guna Handphone tu adalah anak bawah umur.
Bila nak setting di Handphone parent sila klik PARENT.
Di Handphone Child sila klik Child.
Lepas tu baru boleh setting dan control Handphone Anak dari Handphone kita.
Boleh godek godek disini lagi.
Boleh LIHAT setiap Apps yang anak guna sudah berapa lama.
Namapun untuk KIDS so hanya You Tube Kids jela boleh.
Boleh kesan LOCATION anak kita ada dimana.

 

Boleh LIMIT kan penggunaan anak pada setiap apps mengikut jam dan hari yang kita mahu.
Setiap apps yang anak download perlu APPROVAL dari parent dulu baru apps tu auto download.
Ini antara respond mereka yang sudah menggunakan Apps ni.

Inilah antara SEBAB kenapa Ibu Bapa perlu pantau anak-anak. Semoga anak-anak Kita Selamat di Dunia dan di Akhirat. #Aamiin

Semoga Allah permudahkan segala urusan Kita semua. Aamiin.

Sumber: Safurah Amdan

IKLAN