“Untuk Pencarum Yang Memerlukan.” Kerajaan Kaji Saranan Benarkan Pencarum Keluarkan Dana Akaun 1!

Share

Cadangan Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ini berikutan situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.

Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu laporan menyebut, pihak kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 KWSP.

“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain, di sini, hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021

.

Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan pada tahun ini telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.

Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan.

Sumber: Bernama

IKLAN