Baru-baru ini hos dan pelawak terkenal Rahim Sepahtu dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan Bariatrik. Ia merupakan prosedur untuk mengatasi masalah reflux (muntah-muntah selepas makan) dan obesiti.
Usai selamat menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan swasta, Rahim memuat naik satu perkongsian yang berterima kasih kepada kedua-dua isterinya.
Menerusi kapsyennya, Rahim gembira kerana kedua-dua isterinya, Lily Khay dan Norazlin Abdullah hadir memberi semangat.
Ads
“Bidadari penguat semangat, @kolin_abdullah @lilykhay terima kasih kerana berada di sini,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Di dalam perkongsian tersebut, kelihatan kedua-dua isteri Rahim mesra duduk bersebelahan di tepi katil penyampai radio Sinar itu.
Ads
Kemesraan tersebut mengundang pujian peminatnya yang menyifatkan Rahim beruntung kerana kedua-dua isteri Rahim penyayang dan sangat bertoleransi dalam melayari alam rumah tangga.
siti_hajar_daud@lilykhay tuari kan saya komen senyum. Meleret aby ayim mcm p. Ramlee.. Tu yg tersasul. Plak type. Abg ramlee??
zana_roseee Alhamdulillah bang . Moga kekal bahagia sampai syurga . Bang ade org tanye no 3 punye ade kosong tak ??
fishazmi Tahnia bang… Cantik wife wife Abg.. First time tgk gamba be3
hazmirozay23 Bro @rahimr2 hebat.. Semoga bahagia till jannah…nk bljr dgn bro la cara nak pasang lebih dri 1 ne.. Hahahaaaaaaa…..??…. Jgn marah bro… Hihihi
siti_hajar_daud YaAllah.. Suwittt betul abg Ramlee kak @lilykhay ..jangan balut kaki ngan seluar sekali tauuu
Tumpang seronok bila melihat ada yang berjaya menanam pokok kobis di laman rumah. Bukan sahaja nampak begitu segar bugar malah cantik dipandang sebagai penyeri laman.
Oleh itu buat anda yang mana ada terdetik untuk mencuba menanam kobis ini, jadi bolehlah baca 2 perkongsian ini untuk info bermanfaat.
Macamana nak bagi buah kobis anda besar.
Saya baru belajar dari seorang pegawai di Jabatan Pertanian Serdang.
Jika kita nak buah kobis yang kita tanam tu berbuah BESAR pastikan kita tanam dalam pasu atau polibeg yang bersaiz besar.
Mendengar penjelasan daripada beliau saya terus pindahkan semua pokok-pokok kobis saya ke dalam bekas ais yang bersaiz besar seperti dalam gambar.
Dengan harapan nanti ia boleh berbuah dengan saiz yang besar.
Kaedah yang sama juga untuk tanaman Cauliflower dan brokoli.
Sumber : Riza Kamaruddin
Manakala melihat pada perkongsian cara menanam kobis daripada Noramira Kassim Nurul ini juga boleh dijadikan panduan untuk beginner.
Ini perkongsiannya.
Nie cara saya tanam Kobis
1. Sediakan tanah(boleh beli kat kedai,
(saya guna tanah bakar+tanah biasa)
2. Semai biji benih dalam tray semaian,1biji 1lubang (saya beli benih kat ecosave jer sebab murah)
3. Masa semai siram pagi jer untuk lembapkan tanah
4. Masa semai letak tempat separuh panas
5. Bila dah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.
5. Masa ubah anak pokok letak tempat redup selama 3-4 hari tak bagi pokok layu.. Lepas tu boleh letak tempat panas.
6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk jadi busuk.
7. Baja 2 minggu sekali. Sukatan ikut jenis baja yang digunakan (saya guna baja tahi ayam, baja kopi guna baja npk 15.15.15..(baja-baja nie saya buh 2 minggu sekali ikut giliran ye bukan letak semua sekali gus)
8. Kawalan serangga seminggu sekali (saya guna cuka kayu, 5ml untuk 1liter air)
9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk tapi bergantung pada cara penjagaannya.
Sumber : Noramira Kassim Nurul
Jom sertai contest ini. Caranya cukup mudah, share sahaja gambar tanaman yang sedia ada di rumah anda ke inbox Facebook Keluarga Magazine atau di Instagram @keluargamag
Contest bermula pada 5 Februari hingga 20 Februari 2021. Tunggu apa lagi jom sertainya sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupanya tidak susah pun untuk menanam cendawan di rumah dengan syarat boleh ikuti sepertimana yang dikongsikan oleh Syafiq Baharin.
Alhamdulillah dah mula keluar hasil cendawan ni. Ingatkan susah, senang je rupanya.
1. Beli bongkah kat Shopee, RM2.50 gitu per bongkah.
Tips : Cari seller yang jual bongkah yang dah matang, so tak perlu tunggu lama untuk keluar hasil. Kalau tak lama juga nak tunggu bongkah tu matang. Ni hasil lepas 4 hari je.
Tips 2 : Nak tahu dah matang or belum, tengok bawah tapak bongkah ni. Kalau dah putih kat bawah tu, dah matang lah tu.
2. Kain balut tu optional je, cendawan ni suka suhu yang lembab & sejuk sikit. Jadi bila balut kain tu, kita siram je air kat kain tu 2 kali sehari. Kalau rajin 3 kali. Bila ada kain tu, lama la sikit tahan lembab dia tu.
3. Tak perlu tempat gelap pun. Dulu ingat wajib gelap. Rupanya cukup teduh, tak panas dan ada udara yang cukup.
4. Bila sampai bongkah tu, yang saya beli ni tak perlu korek pun lepas buka penutup tu. Balut & siram dengan air je kat kain tu. Janji air tak masuk kat dalam ‘pintu’ bongkah tu. Siram air kat atas je.
Jangan pi rajin masuk jari dalam tu, jari kita banyak bakteria. Ganggu pertumbuhan cendawan.
5. Done. Tunggu hasil je insyaAllah.
6. Nak tuai, just tarik je sambil goyang-goyangkan sampai tercabut habis semua akar dia. Jangan pi gunting pulak ye. Kena bagi keluar habis sampai akar.
7. Then ambil lah sudu kecik ke, kasi rendam dalam air panas dulu ke, biar sudu tu takda bakteria jahat. Lepas tu korek sikit saki baki akar putih yg melekat lepas dari baru tuai tu.
8. Lepas tu tutup semula bongkah tu. Rehatkan dalam seminggu tanpa siram.
9. Buka semula penutup dan mula siram semula kain tu. insyaAllah cendawan akan keluar semula.
10. Boleh 4 ke 6 kali tuai, ikut tahap jagaan kita. InsyaAllah.
Manakala melihat di ruangan komen, ramai juga berkongsi info dan pengalaman.
Norhayati Mohd Zaini : Saya tambah sikit dari tips di atas berdasarkn pengalaman sy. Kalau penjagaan baik, bongkah boleh dituai beberapa bulan.. Bongkah yg baik, tiada kulat hijau di dalam bongkah atau bongkah menjadi keras dan kering. Pastikan bongkah tidak dimasuki serangga seperti lipas dan semut. Cendawan boleh dituai sebelum keliling cendawan menjadi kerinting atau tua. Bila tua (lupa tuai), spora putih akan bertaburan di sekeliling bongkah.
Fatin Farhana : Yg penting kena open air.. jgn letak benda ni dlm bilik tido
Isma Laily : klu nk bnyk cendawan lg bolehla tebuk dkt belakang tu. nanti cendawan akan keluar depan belakang
Ummi Lin :Saya pun Ada cendawan ni. Memang jimat. Skrg nk cari lagi bongkah, yang aritu dah bbrpa kali tuai, kecik dh cendawannya.
Sumber : Syafiq Bajarin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Ayam Masak Merah sememangnya jadi menu kesukaan anak-anak kita di rumah. Tetapi banyak versi resipi ini, mana satu yang anda pernah cuba. Untuk hari ini, apa kata cuba buat hidangan Ayam masak Merah dikongsikan wanita bernama Rafiza Idayu.
Rupanya ada rahsia jika mahu rasanya lebih menyengat. Menurut wanita ini, rasa tersebut terletak pada serai yang dimasukkan ke dalam masakan. jadi, nak rasa yang lebih enak kena letak serai dalam kuantiti yang agak banyak.
Malah, resipi Ayam Masak Merah yang di’infused’ rasa serai yang wangi dan buka selera.Jom ikut caranya. Nampak mengiurkan.
Saya berkempatan belajar dengan seorang yang menyediakan Ayam Masak Merah yang sangat sedap ketika jamuan kenduri kahwin anak beliau. Pesannya, letak serai banyak dan maniskan sedikit masakan tersebut.
Ini cara buatnya:
Bahan bahannya:
Ayam seekor dipotong 12 bahagian
Serbuk Kunyit
Garam
30 biji lada kering
2 inci halia
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 biji cengkih
1 biji gula nisan (gula kerek @ gula nisse @ gula melaka @ gula perang)
4 ketul asam gelugur (asam keping)
2 biji tomato
10 sudu sos cili (brand Kimball)
10 sudu sos tomato (brand Kimball) 12 batang serai
* Rasa akan berubah mengikut bahan atau brand yang digunakan. Contohnya sos cili brand Maggi akan sedikit masam. Jadi kurangkan penggunaan asam keping
Caranya:
1. Setelah basuh dan toskan ayam, perap ayam sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam tiga suku masak dan toskan. Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras dan kurang juicy.
3. Ini tips yang penting untuk dapatkan aroma yang wangi dalam Ayam Masak Merah. Bawang besar hendaklah dihiris nipis. Jangan blender. Bawang besar yang
digoreng akan menerbitkan rasa manis dan wangi. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Minyak masak akan beraroma serai yang wangi.
5. Kemudian masukkan bahan tumis.
Bahan tumis iaitu 4 sekawan :
+ Kayu manis
+ Bunga Lawang
+ Buah Pelaga
+ Cengkih
6. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.
7. Tumis sehingga naik bau. Tips untuk mengetahui bagaimana naik bau adalah bawa tangan di atas tumisan dan bawa aroma ke hidung.Belajar cara nak tau bau bawang wangi apabila ditumis. Ops! Elakkan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka.. acik tak bertanggungjawap
tau!
8. Apabila dah naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit agar bahan tumisan masak cantik sekata. Jangan bimbang dengan bawang besar yang dihiris tadi kerana ia akan hancur semasa proses menumis.
9. Masak bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Kenapa perlu pecah minyak? Ia indikasi bahawa bahan kisar telah masak sempurna. Jika lauk kenduri, masakan akan lebih tahan lama dan mengelakkan sakit perut jika bahan tidak dimasak sempurna. Apabila telah pecah minyak, masukkan gula nisan.
10. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
11. Masukkan air pada kepekatan yang diingini.
12. Apabila telah mendidih, masukkan potongan buah tomato.
13. Masukkan asam keping.
14. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Hati hati semasa masukkan garam kerana sos sudah ada garam dan ayam goreng tadi juga telah diletakkan garam.
15.Apabila cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi.
16. Gaul sebati ayam tersebut ke dalam kuah masak merah tadi. Alhamdulillah, cantik kejadian ayam masak merah kita. Sedia dihidang dengan daun ketumbar
atau kacang peas.
17. Ini papadom untuk makan bersama Nasi Tomato. Goreng papodom ini yang seperti di kedai mamak. Papodom bulat ini lebih sedap berbanding papodom yang berbentuk segiempat.
Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah dan Kuah Dhal.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jus tembikai tanpa air tular selepas konsep 100% isi buah segar diperkenalkan. Peniaga asal berlapang dada apabila idea ditiru dan anggap ia soal rezeki.