Ustaz Ebit Lew Ditegur Abang Kawasan Di Munich Akibat Beri Gelandangan Makanan

Share

Seperti sedia maklum, Ustaz Ebit Lew seorang yang selalu bersedekah kepada gelandangan dan orang miskin. Dalam masa yang sama, beliau selalu meninggalkan mesej dakwah untuk sesiapa sahaja yang dia bertemu

Namun ketika sedang berjalan-jalan di Munich, Jerman perbuatan beliau telah ditegur oleh abang kawasan di sana lalu bertanya kenapa Ustaz Ebit memberikan makanan kepada gelandangan. 

Jawapan yang diberi Ustaz Ebit sangat ringkas iaitu “Saya datang bercuti. Tapi hati saya tak tenang tengok orang terbaring tidur di bawah pokok di taman ni. Kerana Allah perintahkan. Allah sayang kita.”

video

Kemudian lelaki tersebut membawa Ustaz Ebit berjumpa dengan geng dia lalu Ustaz Ebit belanja mereka semua makan Pizza. Walaupun abang kawasan di Eropah ini semuanya nampak garang, mereka tetap respect kepada sesiapa yang melakukan kebaikan di sana.

Sumber : intagram Ebitlew

 

 

IKLAN