Home Baked Mango Cheesecake Kegemaran Anak-Anak

Baked Mango Cheesecake Kegemaran Anak-Anak

Teringin makan kek? Apa kata buat sendiri je untuk makan bersama keluarga!
Ā 
BAKED MANGO CHEESECAKE
Ā 
Base untuk kek
160 g biskut digestive, dihancurkan
100 g mentega,dicairkan
Ā 
Cara-cara membuat base:
Ā 
Campur semua bahan base dan tekan dalam loyang springfoam bersaiz 8″. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Ketepikan
Ā 
Resepi mango cheese cake :
Bahan A:
Ā 
500 g cream cheese
120 g gula kastor
30 g tepung jagung
Ā 
Bahan B:
1 sudu besar jus lemon
Sedikit parutan kulit lemon
1 biji isi mangga (kisar tanpa air)
Ā 
Bahan C:
3 biji telur
Ā 
Bahan D:
200 g whipping cream
Ā 
Cara-cara membuat filling cheese:
Ā 
Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B ke dalam adunan cheese tadi. Pukul sebati.
Ā 
Masukkan bahan C satu per satu. Pukul sebati. Kemudian masukkan D dan pukul sebati.Tuang adunan cheese ke dalam loyang yang telah disediakan base tadi.
Ā 
Bakar selama 1 jam atau lebih mnehikut oven masing-masing pada suhu 160C menggunakan api atas bawah
Setelah kek sejuk, hias mengikut citarasa masing-masing
Ā 
Topping mangga
Ā 
Bahan A:
Mangga potong untuk hiasan
Ā 
Bahan B:
Sedikit agar-agar
500 ml air
2 sudu gula
Separuh biji mangga yang telah diblend
Ā 
Cara-cara penyediaan:
Ā 
Masak semua bahan B hingga larut sepenuhnya. Sejukkan.
Susun hirisan mangga dan tuang agar-agar tadi. Sejukkan semula di dalam peti ais hingga topping mengeras.
Ā 
ATAU
Ā 
Sos mangga
Ā 
3 biji mangga yang telah diblend
Sedikit mangga dipotong dadu
Gula
Air
Ā 
Caranya
Ā 
Masukkan semua bahan kecuali mangga yang dipotong dadu ke dalam periuk kecil dan masak sehingga mendidih. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek. Tabur mangga yang dipotong dadu.
#keluargamag


Video Berkaitan