Viral Gelagat Lucu Pasangan Suami Isteri Ini. Salah Satu Rahsia Rumahtangga Kekal Bahagia

Share

Viral gelagat lucu pasangan suami isteri ini. Sesungguhnya bahagianya rumahtangga apabila ada gelak ketawa menjadi perkara biasa dalam kehidupan rumahtangga. Namun, apabila rumahtangga itu dalam keadaaan serius, bercakap jika perlu dan tiada tolak ansur tentu rumahtangga itu suram. Justeru, jadikan unsur-unsur kelucuan ada dalam kehidupan anda dan pasangan.

Begitu juga dengan umahtangga pasangan muda ini yang begitu aspirasi buat keluarga bahagia. Sejak perkongsian pasangan ini  semalam , di laman facebook Farah Izwanie yang memaparkan video seorang isteri  sedang makeupkan suaminya  dengan menggunakan alatan solek iaitu maskara. Seakan isteri sedang bermain ‘pondok-pondok’ dengan suaminya. Lucukan!

Dalam pada itu, kelihatan kekalutan suaminya yang melahirkan kerisauan terhadap alatan solek yang akan menyebabkan matanya tercedera telah mendapat perhatian ribuan netizen, sekali gus video yang dipaparkan menjadi viral! Lebih lucu,  dialek Kelantan dan kata-kata yang ucapkan itu membuatkan ramai yang tidak kering gusi. Malah ada yang mengakui menonton banyak kali video ini.

Biarpun, video ni nampak biasa-biasa aje, namun reaksi inilah yang harus ada dalam rumahtangga.

Gelak ketawa biarlah menjadi penyeri kehidupan, walaupun ada masalah yang melanda. Biarlah manis bercinta ketika sebelum berkahwin  tetap manis sehingga akhir hayat.

Jom, kita lihat video ni. Moga ia menjadi aspirasi untuk kita kukuhkan ikatan perkahwinan yang dibina! Klik kat link ni

Sumber: farah izwanie

IKLAN