Viral Hingga 18K, Resipi Kuih Talam Durian Resipi Mudah Nak Buat! Ikuti Langkah Demi Langkah Ini.

Share

Sekarang ni musim durian kan. Banyak gerai yang menjual durian. Selain menjamah durian bukan aje, apa kata kita buat kuih talam durian. Jika sebelum ni kita beli aje, apa kata kali ni cuba membuatnya sendiri.

Kepada newbie, boleh cuba resipi ni. Siap ada langkah demi langkah untuk penyediannya. Lebih menarik dapat share hingga 18K!

Menarik perkongsian oleh Adamsufi Mazri . Boleh cuba buat resipi hujung minggu ni.

P/S: Cuba LIHAT NI untuk idea masak-masak!

RESIPI TALAM DURIAN

Bahan untuk part bawah kuih talam
bahan untuk part atas kuih talam

PART BAWAH :

1 cawan isi durian ( diasingkan dari biji nya)
2 sudu besar tepung kastad
2 cawan santan ( 1 cawan santan pekat+1 cawan santan cair)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 cawan tepung beras ( sukat secawan tepung then scope keluar 2 sudu besar tepung and simpan balik dlm pek nya ye)
1-2 drop pewarna kuning

CARANYA:

Isi durian di hancurkan terlebih dahulu dari bijinya

Bancuh semua bahan kasi larut..add gula ikut tahap kemanisan yang berkenan di tekak..( cara mama ..mama satukan tepung +santan then adunkan and add gula and garam then rasa ..baru kita boleh serasikan rasa manis and lemak kuih tue..coz kalau mama kasi sukatan gula and garam ..ada plak yang tak berkenan..terlalu manis lah ..terlalu lemak lah ..tak cukup manis lah ,.and macam2 lah ..so mudah ikut aje method nie..add gula and garam ikut kesesuaian tekak anda..

Bila semua adunan dah sebati and tak berketul-ketul dah tepung yang diadun tadi..terus add isi durian ..satukan then blend hingga halus.

Add adunan ke dalam Loyang yang dah digris minyak or dilapik plastic and terus kukus hingga masak

Bila dah masak cakar cakar kan permukaannya.( RUJUK GAMBAR YE).macamana nak tahu kuih dah masak.?.just ushar permukaan kuih tue..tengok bila dah tak de cecair yang appear kat permukaan and permukaan nya licin aje ..dah masak lah tue..guna api sederhana biasa aje yee..

PART ATAS

1 Cawan tepung beras ( sukat tepung then scope keluar 3 sudu besar tepung beras nya and simpan balik dlm pek nya)
2 cawan santan pekat+3 sudu besar santan lagi
Garam secukupnya

Caranya:
Bancuh bahan untuk part atas and perasakan dengan garam..kasi rasa lemak lemak gitu..then terus tuang atas permukaan yang dicakar2 tadi..kukus hingga masak…guna api sederhana aje.

 

Adunan part bawah and atas ready di bancuh ..
add part bawah and kukus hingga masak ( rujuk memo di resepi yee..)
bila dah masak ..permukaan nya licin ..terus cakar cakar kan sebelum di add adunan part atas
tuang part atas perlahan2 ..pastikan tiada bubble air yee..so that permukaan kuih talam nya licin cantik..
ready dah dikukus..permukaannya rata and tak berair ertinya dah masak cantik lah tue..
close up sikit..tungu sejuk baru cut yee
tudiaaaaaaaaa talam durian king mai dah …cantik tak..hihi

Memo:
Pasti akan ada yang bertanya kenapa mama scope keluar 2 sudu besar and 3 sudu besar untuk bahagian lapisan bawah dan atas..ini adalah kerana mama suka texture yang lebih lembut senang anak anak mama and orang tua nak makan ..kalau tak scope keluar tepung nya pun tak pe..hasil nya tetap sama…terpulang nak guna satu cawan tepung terus atau scope keluar ye) harap penjelasan nie clean and clear buat semua..

Memo:
mama guna isi durian king color kuning so taste kuih talam nie umpssssss mengancam gitu sedap so selamat mencuba uolls.

Selamat mencuba!

P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER 

Kredit: Adamsufi Mazri

IKLAN