Viral Jual Isi Durian Bukan Kulit! Win Cara Pemuda Ini Lariskan Perniagaannya.

Share

Tular kisah seorang pemuda menjual buah durian cara unik dengan cara melakukan timbangan biji durian sahaja tanpa buah durian. Jika dahulu, buah durian dijual dalam longgokan dengan harga berpatutan. Kemudian beralih kepada timbangan kilo. Terbaru, cara timbangan biji durian pula! Namun, tidak semua penjual durian berbuat demikian.

Lambakan durian – gambar hiasan

Kisah unik ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Hajar

dengan memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan seorang peniaga durian sedang melakukan timbangan untuk pelanggan. Kisah ini tular dengan 6.7K share!

“Highway UUM menghala ke Changlun. RM25/kg isi sahaja, kulit  tak kira. Kalo  tak elok dia tauk buang. Semoga murah rezeki adik ni.”

Jual isi durian bukan kulit

Pemuda yang dikenali sebagai Mohd Izzuwan Ismail, 30, berkata, dia memilih untuk menjual isi durian yang baik saja bagi memastikan pelanggan berpuas hati.

Menurut laporan , idea tercetus setelah pernah membeli durian isinya buruk dan memilih cara menjual isi durian yang baik sahaja bagi memastikan pelanggan berpuas hati.

“Jika saya sendiri berasa marah apabila terbeli durian buruk, orang lain pun sama saja. Malah mungkin ada yang menyumpah-nyumpah peniaga durian. Saya mahu pelanggan berpuas hati dan dapat melakukan akad jual beli dengan rasa senang hati.

“Setakat ini pelanggan banyak yang ulang beli di gerai saya belum ada yang datang merungut. Alhamdulillah walaupun berniaga di hujung kampung saya berjaya jual lebih 200 biji durian setiap hari,”jelasnya.

Lebih menarik, selepas tular kisahnya, duriannya habis dijual lebih awal hari ini  (8 Julai 2019) iaitu pada jam 2 petang selepas mula berniaga pada 10 pagi.

Nyata, pendekatan yang digunakan oleh pemuda ini memberi rezeki berlimpah ruah apabila berniaga cara kasih sayang. Tahniah dik!

Sumber: Harian Metro dan Nur Hajar

IKLAN