Kelantan mencipta sejarah sebagai negeri pertama yang menganjurkan pertandingan menangis, dengan pemenang membawa pulang wang tunai RM500!
Siapa sangka, menangis pun boleh jadi satu pertandingan? Video pertandingan unik ini tular di TikTok, memaparkan peserta yang bersungguh-sungguh mengeluarkan air mata untuk merebut gelaran juara.
Difahankan acara yang dianjurkan oleh The Kelantan Expo ini berjaya mencuri perhatian ramai, dengan pelbagai gaya tangisan dipertontonkan. Ada yang berwajah sebak, ada yang penuh emosi, malah ada juga yang membuat netizen tergelak dengan gaya mereka.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut terhibur melihat aksi peserta:
“Kalau aku depan diorang, confirm tergelak dulu!”
“Ni kalau aku, belum nangis dah ketawa.”
“Macam audition berlakon scene sedih ni!”
“Seram weh kalau dengar tengah malam!”
Ads
Siapa tahu, lepas ni mungkin ada pertandingan ketawa pula?
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan adalah sebuah amanah, bukan sekadar ikatan antara dua jiwa, tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan kasih sayang, penghormatan, dan kejujuran.
Namun, bila amanah ini diabaikan, ia tidak hanya melukakan hati, tetapi juga menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya menjadi asas perhubungan.
Kisah seperti ini bukanlah hal baru, tetapi ia terus menjadi cerminan realiti yang menyakitkan buat mereka yang terperangkap dalam hubungan tanpa penghormatan dan kasih sayang.
Ikuti kata-kata semangat perkongsian Ustaz Shauqi Hasan yang menjadi penguat semangat bagi wanita melalui situasi begini.
Kes Zahnita ni bukannya sekadar soal seorang lelaki yang mendera isteri, tapi ia lebih besar dari itu. Ia soal kuasa, soal ego dan soal tanggungjawab yang gagal. Dalam Islam, perkahwinan itu amanah, bukan medan untuk tunjuk kuasa.
Kau ingat tak, Rasulullah pernah berpesan, “Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (HR Tirmizi). Kalau kita tengok hadis ni, ia bukan sekadar peringatan, tapi satu standard. Kalau kau nak tahu kau lelaki yang baik, tengoklah macam mana kau layan isteri kau. Kalau kau kasar, kalau kau naik tangan, apa lagi yang tinggal dalam maruah kau sebagai suami?
Ada orang fikir, dengan duit, dengan status, mereka boleh buat apa saja. Tapi sebenarnya, duit tak pernah ubah siapa kau. Duit cuma perbesar siapa kau dari awal. Kalau kau memang baik, duit tu akan jadikan kau lebih banyak buat baik. Tapi kalau kau dah ada sifat angkuh, duit tu akan jadikan kau ‘resakse’ (raksaksa) yang bernafsukan harta, takhta dan wanita.
Dalam surah Al-Isra’ (17:37), Allah dah pesan, “Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong.” Sombong ni bukan soal cara kau berjalan saja dik, tapi sikap kau bila kau rasa kau lebih dari orang lain.
Bila aku tengok kes macam ni, Abang sedih bukan sebab dia orang kaya atau miskin. Abang sedih sebab dia gagal jadi manusia yang Allah amanahkan untuk jaga pasangan dia. Dalam perkahwinan, kau bukan hanya berkongsi hidup, tapi kau juga jadi penjaga hati, fizikal dan maruah pasangan kau. Kalau kau gagal jaga, kau bukan lelaki yang hebat, kau cuma lelaki yang takut kehilangan kuasa.
Dik, kalau kau ada duit satu hari nanti, ingatlah, duit tu bukan untuk tunjuk kau hebat. Duit tu untuk kau bantu. Untuk kau pastikan kau jadi contoh, bukan beban pada orang lain. Dan kalau kau lelaki, jadilah lelaki yang tahu beza antara kuasa dan kasih sayang. Sebab kuasa itu sementara, tapi kasih sayang itu yang akan tentukan apa kau tinggalkan dalam dunia ni.
Buat kita semua, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, kaua ingatlah satu benda. Allah tak tengok harta kau, tak tengok siapa yang menang. Allah tengok bagaimana kau guna apa yang Dia bagi.
Kalau kau ada kuasa, gunakan untuk lindung. Kalau kau ada kasih sayang, gunakan untuk bina. Sebab bila semuanya selesai, kita cuma akan dinilai pada satu benda dik, bagaimana kita hidup sebagai manusia.
Kes macam Zahnita ni bukan baru, cuma sekarang lagi ramai yang berani buka cerita. Cerita macam ni bukan sekadar soal suami yang gagal, tapi ia juga soal isteri yang sering rasa terperangkap.
Kepada para isteri yang melalui perkara yang sama, Abang nak cakap, kau tak bersalah. Kau tak lemah. Dan paling penting, kau tak patut diam. Islam tak pernah ajar isteri untuk bertahan dalam derita. Rasulullah sendiri adalah contoh suami yang penuh kasih sayang, yang tak pernah angkat tangan pada isteri-isterinya, malah memuliakan mereka.
Dalam khutbah terakhirnya, baginda pesan, “Berbuat baiklah kepada wanita, kerana mereka adalah amanah di sisi kamu.”
Kalau seorang suami tak boleh faham amanah ni, dia dah hilang kelayakan sebagai pelindung dan kau tak perlu rasa bersalah untuk melangkah ke depan. Kadang-kadang, para isteri takut.
Takut anak-anak kehilangan ayah, takut pandangan orang, takut hidup sendiri. Tapi dik, kalau hidup kau penuh dengan ketakutan, itu bukan kehidupan, itu penjara. Allah tak suruh kita hidup dalam derita.
Allah nak kita bangkit, nak kita tahu nilai diri kita. Dalam surah At-Talaq (65:2-3), Allah janji, “Barang siapa bertakwa kepada Allah, Dia akan bukakan jalan keluar untuknya, dan memberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.” Kau kena percaya, kalau kau pilih jalan yang betul, Allah akan ada dengan kau.
Cari sokongan. Jangan malu untuk minta tolong. Kau ada hak sebagai manusia, sebagai isteri, sebagai ibu. Hidup kau lebih dari sekadar bertahan. Dan kalau kau rasa sukar nak buat keputusan, ingat satu benda, anak-anak kau perlukan ibu yang kuat, bukan ibu yang tenggelam dalam penderitaan. Buat para isteri yang baca ni, jangan takut untuk ke depan. Jangan biarkan diri kau terus jadi mangsa. Kau bukan seorang diri. Kau ada Allah.
Kau ada keluarga, kau ada kawan-kawan yang sedia bantu kalau kau buka mulut. Hidup ni terlalu singkat untuk kau habiskan dalam rasa sakit yang tak berkesudahan. Percayalah, ada hidup yang lebih baik menunggu kau, asalkan kau berani ambil langkah pertama.
Peringatan buat kita semua, jangan pernah salahkan isteri yang memilih untuk tinggalkan penderitaan. Mereka bukan gagal, mereka berjaya menyelamatkan diri. Doakan mereka kuat dan kalau kau kenal sesiapa yang perlukan sokongan, jadilah bahu untuk mereka bersandar.
Kita tak boleh ubah dunia seorang diri, tapi kita boleh bantu mereka yang kita sayang untuk berdiri semula. Setuju?
Tiada lagi celoteh ceria mak-mak di Suria FM! Pasti ramai yang akan merinduinya. Terkini, penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara, mengumumkan pengundurannya dari stesen Suria FM selepas tujuh tahun menghiburkan pendengar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Remaja perempuan 14 tahun hilang, gagal dihubungi melalui telefon. Seorang pelajar tingkatan dua, Nor Alieya Maisarah Mohd. Hassan, 14 tahun, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Taman Seri Telok Emas, Melaka, bersama beg sekolah dan beberapa helai pakaian.
Ibunya, Noorlaili Mahat, 53, berkata, kali terakhir dia melihat anak bongsunya itu adalah sekitar jam 4 petang pada hari kejadian, sebelum dia keluar untuk bekerja.
Menurut Noorlaili, kehilangan Maisarah hanya disedari anak keduanya yang berusia 16 tahun, apabila dia mendapati Maisarah tiada di rumah dan gagal dihubungi melalui telefon.
“KETIKA SAYA SEDANG BEKERJA, ANAK SAYA HUBUNGI DAN BERITAHU ADIK (MAISARAH) TAK ADA DI RUMAH. KAMI CUBA TELEFON DIA BERKALI-KALI, TAPI LANGSUNG TAK DAPAT SAMPAI SEKARANG,” KATANYA.
Tambah Noorlaili lagi, apabila dia pulang ke rumah, dia mendapati beg sekolah dan beberapa pakaian milik Maisarah turut hilang. Susulan itu, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama.
Berkongsi lanjut, Noorlaili memaklumkan bahawa sebelum kejadian, Maisarah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik atau berkelakuan seperti sedang merajuk.
“Kami sekeluarga buntu, Adik bukan jenis yang bebas keluar sesuka hati. Setahu saya, dia juga tidak ada teman lelaki,” katanya.
Pihak keluarga kini merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu mengesan remaja tersebut.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.