Ramai yang belum tahu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah memperkenalkan JPJeQ bagi menambah baik sistem penggiliran sedia ada. Sistem JPJeQ merupakan sistem nombor giliran dalam talian bagi melakukan urusniaga di kaunter JPJ yang telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sempena sambutan Hari JPJ.
Kini, semakin banyak cawangan telah melaksanakan sistem penggiliran JPJeQ bagi memudahkan urusan di kaunter. Namun, kemudahan aplikasi JPJeQ yang diperkenalkan kurang mendapat sambutan disebabkan masih ramai yang tidak mengetahuinya.
Seorang pengguna twitter, Anis Suraya, berkongsi fungsi dan cara penggunaan JPJeQ bagi memudahkan individu yang ingin melakukan urusniaga di kaunter JPJ. Jom ikuti cara untuk menggunakan sistem tersebut!
Tadi anis pegi JPJ, rupanya nak ambik nombor giliran pun dah guna apps eh sekarang. Gigih search kt google sbb tk pernah tahu, rupanya since hujung tahun lps lagi dah start guna apps tu.Tadi nampak macam ramai jugak yang tak tahu. Macam mana nak guna apps tu? Ni anis share 👇
Ads
Kalau korang ada nak berurusan dekat JPJ, boleh install siap siap apps ‘JPJeQ’. Then lepas dah install, korang scan QR code je untuk dapatkan nombor giliran.
1) Dalam apps tu, korang boleh check cawangan JPJ yang terdekat
2) Then pegi cawangan JPJ tu & scan QR code
Ads
3) Pilih perkhidmatan mana yang korang nak berurusan & nanti korang akan dapat notification nombor giliran
For me apps ni bagus sebab kita boleh track no giliran kita dalam phone je. Means tak perlu nak tunggu beratur bersesak kat situ. Boleh pegi tempat lain dulu. Sebab kalau no giliran kita dah nak sampai/dipanggil, kita akan dapat notification.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam bahagia hidup berpasangan, pasti akan ada satu masa berdepan dengan konflik. Cumanya, kita mampu atau tidak sahaja untuk menghadapi ujian itu. Bagi yang kuat, pasti mampu untuk menangani dan berbaik semula. Namun ada juga disebaliknya.
Tapi… Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah perumpamaan yang sesuai buat pasangan veteren ini yang kembali bersatu setelah berpisah lebih enam dekad!
Pasangan ini disatukan semula 16 Oktober lalu di mana video momen majlis mereka telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok Khai_nisa91.
Mengenakan baju songket biru, pengantin lelaki dikenali sebagai Mahmood Mamat dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor dikatakan pernah berkahwin pada 1958, namun berpisah setahun kemudiannya.
Ujar cucu pengantin viral ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata dan berpisah pada tahun 1959 kerana lelaki berusia 84 tahun itu berhijrah ke Pahang manakala isterinya berada di Kelantan.
“Tok Ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tok Mek setelah 63 tahun tidak bertemu.
“Tok Mek bersetuju dan pihak keluarga juga tidak membantah malah menyokong keputusan itu.” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin ini. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar kedua-duanya bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber : khai_nisa91, Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri dan ibu semata mata sebelum ini. Apa lagi beliau hadir dalam keluarga sekali gus bergelar menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Kasih bertaut antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.
“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.
“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.
“Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna.
“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.
Hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.
“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.
“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.
“Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.
“Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya
Pengalaman lalu itu benar benar mematangkan dirinya. Dengan kepayahan itu sendiri mengajar wanita yang anggun ini akan sebuah erti kehidupan.
“Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti.
“Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” katanya.
Lebih utama Tya menekankan setiap kerja dilakukan bersama suami tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran.
“Jujur jadi kunci segala serbi langkah dimulakan. Niat saya dan suami memulakan empayar perniagaan sendiri selain mahu mengubah kehidupan sendiri juga bertunjangkan paksi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan.
“Tak ketinggalan mengajak orang lain menjana pendapatan bersama sama. Begitu juga menjaga kebajikan staf tersayang.
“Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah.
“Saya datang daripada keluarga yang selesa dan tidak terlalu mewah. Saya sendiri dengan niat mahu membantu keluarga di Indonesia. Selain itu, saya dan suami mahu membalas jasa baik ibu bapa mendidik diri ini menjadi manusia berguna.
“Saya pernah melihat perniagaan diceburi suami sebelum ini ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Suami pernah gagal dan kami pernah sama sama susah. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.
“Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk. Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memilih konsep dekorasi untuk kediaman kadang-kadang membuatkan ada yang buntu. Terasa setiap konsep nampak semuanya cukup menarik dan tidak tahu mana satu yang menepati citarasa sendiri.
Salah satunya apabila melihat rumah yang dihias indah dengan konsep farmhouse ini. Siapa sangka ia adalah ilham peribadi pemilik kediaman ini yang dikongsikan di akaun fb Asri Meris Anthony.
Nyata, ianya nampak cukup sempurna dan boleh membuatkan sesiapa sahaja ‘jatuh cinta’ melihat keindahan dekorasinya.
Konsep Farmhouse
Ramai tanya kenapa kami pilih konsep rumah farmhouse, sedangkan duduk di Malaysia ni kan cuaca panas dan kurang sesuai untuk apply elemen-elemen farmhouse, especially part tanam-tanam pokok bunga dan pemilihan material kayu yang agak susah untuk dijumpai.
Ala, tiada yang mustahil kalau betul minat dan berusaha gigih
Ya, memang tidak dinafikan, untuk mendapatkan barang deco konsep farmhouse di Malaysia agak sukar ditemui.. Kalau ada pun memang kena pilih betul-betul ikut kesesuaian.
Bukan semua barang deco putih sahaja yang perlu untuk deco jenis farmhouse ni, tapi elemen rustic, fresh, nature dan unik juga perlu ada dalam sentuhan deco.
Sebenarnya, memang kita kena “choosy” sikit bila nak cari barang deco untuk konsep farmhouse ni. Sebab hampir 60% barang deco jenis farmhouse perlu dibeli dari luar negara kerana di Malaysia jarang ditemui atau perlu gigih mencari merata tempat.. (hanya yang meminati konsep farmhouse sahaja yang tau..hehe)
So hopefully perkongsian kami ni akan memberi sedikit inspirasi kepada semua yang meminati konsep rumah jenis farmhouse.. Jangan putus asa, jadikan gambar-gambar di pinterest, google dan instagram sebagai panduan serta pembakar semangat.. Tidak ada benda yang mustahil kalau betul-betul berusaha.
View di waktu pagi..dari depan teratak kami yang kecil tapi sarat dengan kasih sayang, Alhamdulillah.
Ni ruang balcony. Walaupun kecil, bukan alasan untuk kami gunakan sepenuhnya ruang ni sebagai tempat anak-anak bermain dan beristirehat bersama keluarga.. syokkk oooo pagi-pagi dengar bunyi burung (ada burung dalam sangkar) dan petang-petang angin kuat sambil menghirup teh panas.
Memang kecil tapi luas pada pandangan mata hati kami, cewah! Siap boleh bela dua ekor biri-biri lagi.. lengkap dengan rumput utk biri-biri tu makan..hahaha.. Siap gemok dan sihat lagi.
Tak lengkap tema farmhouse kalau tak ada pokok-pokok bunga.. Alhamdulillah, kena rajin luangkan masa dengan pokok-pokok ni sebab dorang pun nak kasih sayang macam manusia juga. Yup memang kena ada cctv untuk keselamatan.. tak ada kaitan dengan konsep farmhouse ok.
Tak lengkap konsep farmhouse kalau tak ada labu.. Salah satu character rumah farmhouse adalah labu.. so kami pun DIY sendiri knitted pumpkin ni.. hehehe comel kan?
Bila buka pintu utama terus nampak ruang dining.. Ala rumah kecik ja.. pusing2, tempat sama juga hehehe
Nampak tak tuan rumah kt situ tgh gigih ambil gambar? hahaha.. ramai yg kata gambar2 rumah kami dari google & pinterest, tapi ni buktinya.. ada tuan rumah terkantoi kat situ tengah gigih ambil gambar..hahaha
Ruang dining.. Tempat berkumpul keluarga kecil kami.. Alhamdulillah sangat-sangat suka ruang ni.
Permata hati kami.. Pelengkap hidup kami dunia akhirat.. Dua orang puteri yang sentiasa memberikan kami rasa lengkap dengan kasih sayang..
Ruang tamu yang sekangkang kuman.
Meninjau perkongsian terkini berkenaan dekorasi kediamannya, nyata telah dilakukan beberapa perubahan, pun begitu pemilik tetap mengekalkan konsep kediaman farmhouse. Terbukti cukup memukau dan bolehlah dijadikan inspirasi!
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.